Utusan: Jangan sampai orang berdoa ia berkubur
Apabila ramai yang mempertikaikan bahawa penggabungan Utusan-NST kelak akan menggugat kebebasan Utusan, saya kira ramai yang sebenarnya skeptikal ataupun ragu-ragu. Kerana bagi mereka Utusan itupun sebenarnya sudah tidak bebas lagi. Sejak Umno mengambil-alih akhbar tersebut diawal era kemerdekaan bau nafasnya sudah berbau Umno, lantas untuk berhujah bahawa Utusan akan hilang kebebasannya apabila bergabung dengan NST, orang akan bertanya kebebasan apa?
Kiranya Utusan bebas, ia akan mampu melaporkan berita dengan penuh tanggungjawab dan keterbukaan. Laporkan berita-berita kerajaan dan parti pemerintah tetapi dalam waktu yang sama laporkan juga perkembangan parti-parti pembangkang dan pandangan-pandangan kontra dengan arus perdana. (Demikianlah Utusan di zaman Said Zahari dan pemimpin yang sebelum beliau).
Yang penting ada nilai berita, kiranya ada laporkanlah tanpa prejudis dan berpihak atau lebih parah lagi mengeluarkan pandangan sendiri dari perspektif pemegang saham.
Walaubagaimanapun kiranya Utusan memilih untuk menghamburkan nafas Umno juga, maka isytihar dirinya sebagai suara parti berkenaan, sebagaimana Harakah sebagai organ parti.
Lihatlah akhbar-akhbar berbahasa Cina dan akhbar THE SUN contohnya, apa sahaja berita yang menarik minat ramai dilaporkannya, itulah bebas dalam ertikata yang sebenarnya.
Saya sesungguhnya bosan dengan Utusan apabila mereka (rakan-rakan di jabatan pengarang) diasak dan dipaksa oleh POLITICAL MASTERS mereka untuk membuat laporan dan ulasan menurut selera politik mereka.
Ambil contoh kartun SENYUM KAMBING hari ini
Kartun ini merujuk kepada satu himpunan jentera Pemuda PAS yang diadakan di Kota Bharu semalam yang diberi nama Himpunan 15,000 Pemuda PAS. Utusan tidak pula melaporkan darihal kejayaan penganjur mengumpulkan lebih 15,000 pemuda dari seluruh negara berhimpun di Kota Bharu.
Utusan juga tidak melaporkan bahawa Pemuda PAS Johor dikecualikan dari hadir dalam perhimpunan ini kerana dikerahkan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri mereka. Dan Utusan tidak pernah melaporkan bahawa PAS Johor telah membuka bilik-bilik gerakan di Johor dan Timbalan Presiden PAS adalah antara yang terawal turun ke negeri tersebut mengagih-agohkan bantuan dan menziarahi manga banjir di sana.
Sehingga hari ini Utusan TIDAK BERANI melaporkan darihal kegiatan dan aktiviti bantuan kemanusiaan yang telah dilancarkan oleh PAS Pusat dan PAS Johor.
Tiba-tiba senyum kambing di dada depan Utusan hari ini menyatakan:
Orang sibuk Bantu mangsa banjir, mereka sibuk berpolitik
Ini bukan bebas, tetapi fitnah dan pembohongan. Kalau beginilah berterusan sikap Utusan, percayalah simpati terhadap nasib mereka tidak akan diambil peduli orang, malah akan ada (dan memang yang telah ada pun) yang mendoakan agar biarlah berkubur Utusan kalau beginilah halnya!
No comments:
Post a Comment