Thursday, December 07, 2006

Ahli Parlimen Ampang anggap arahan menutup aurat satu
fikiran sempit

Parliamentary Gender Caucus atau Badan Parlimen berkenaan Gender , demikianlah satu badan yang ditubuhkan di Parlimen. Timbalan Pengerusinya Lim Bee Kau (MP Padang Serai), Naibnya Chong Eng (MP Bukit Mertajam), Setiausahanya Tan Lian Hoe (MP Bukit Gnatang) manakala ahli-ahlinya Tan Ah Eng (MP Gelang Patah) dan SK Devasamy (MP Cameron Highland).



Saya tidak hairan jika nama-nama ini menentang arahan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BI) untuk menguatkuasakan kod berpakaian bagi wanita (Muslim dan bukan Muslim) yang terdiri dari para peniaga, jurujual dan pelayan restoran disekitar kawasan PBT nya. Mereka tidak menerima peraturan Islam itu sebagai sesuatu yang baik lantaran mereka terdiri dari masyarakat bukan Islam dan memang tidak pernah senang dengan PAS yang memerintah Kelantan sejak 16 tahun lalu.

Tetapi yang hairannya apabila Pengerusi Caucus tadi iaitu Dr Rozaidah Talib, ahli Parlimen Ampang dengan begitu ghairah menyatakan bahawa:

Its an individuals right to wear what he or she wants

Kata beliau peraturan ini adalah satu peraturan yang datangnya dari mereka yang berfikiran sempit.

Sebagai seorang Islam saya tidak dapat menerima kenyataan ini dan saya tidak pasti apakah para pengundi Melayu Islam di Ampang boleh menerimanya. Tak mengapalah kalau kita benci dan tidak bersetuju dengan kerajaan PAS tetapi jangan sampai mengeluarkan kenyataan yang jelas bertentangan dengan agama yang kita anuti. Ini bukan ciptaan PAS!

Islam memang memberi hak kepada para penganutnya tetapi hak tadi tertakluk kepada apa yang diiznkan oleh Allah dan Rasul Nya saw. Jika Islam telah meletakkan sesuatu itu sebagai haram, ianya tetap haram sampai bila-bila. Jika kerana kekurangan ilmu atau iman yang nipis maka kita bersikap tidak mahu menerima sesuatu peraturan itu, maka kita tanggunglah implikasinya, tetapi jangan pula sampai kita menafikan peraturan itu dan mengisytiharkannya pula kepada masyarakat.

Ramai wanita Melayu/Islam hari ini yang berpakaian menutup aurat termasuklah sebahagian isteri-isteri Menteri, namun ada juga sebahagian yang enggan berbuat demikian. Bagi yang patuh Alhmadulillah (atas apa alasan sekalipun) mereka telah melaksanakan perintah agama tetapi bagi yang enggan atas apa sahaja alasan, jangan pula sampai menghina atau menolak perintah itu.

Dr Rozaidah adalah satu contoh wanita Melayu/Islam yang enggan mematuhi peraturan ini dan memilih untuk ridicule atau memperlekehkannya pula. Kalau beliau bercakap berkenaan RIGHTS mengapa beliau perlu menutup aurat jika bersolat atau menunaikan umrah atau Haji. Terus sahaja berpakian biasa, its your right after all!

Mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari pemimpin yang seumpama ini, bangkit dan sedarlah wahai orang Ampang sekalian.

No comments: