Kos hidup naik, ekonomi semakin parah
Saya terbaca artikel oleh Ooi Kee Beng seorang Fellow di Institut Pengajian Asia Tenggara, Singapura di bawah tajuk Malaysias squandered reform chance yang dimuatkan dalam laman web Umno Reform.
Di dalam artikel tersebut Ooi menulis bahawa antara faktor yang akan menyumbang kepada masalah ekonomi dizaman pentadbiran Pak Lah ini adalah mencacak naiknya kadar inflasi yang menurut beliau dijangka sekitar 3.6% iaitu kadar tertinggi sejak krisis kewangan yang melibatkan negara-negara rantau ini iaitu pada tahun 1997-98.
Saya pada mulanya memandang dengan penuh prasangka artikel Ooi itu, maklumlah penganalisa Singapura, pasti mahu mengambarkan yang buruk-buruk pada negara seterunya. Akan tetapi apabila saya menyelak ruangan ekonomi akhbar Utusan hari ini, keyakinan saya mula melompat.
Di bawah tajuk:
Inflasi 11 bulan 3.7 peratus
Laporan itu memetik statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara. Menurut jabatan tersebut Indek Harga Pengguna (IHP atau CPI) bagi tempoh Januari ke November 2006 telah naik sebanyak 3.7% ke 103.5 mata berbanding 99.8 pada tempoh yang sama tahun lepas.
Indeks yang mencacak naik adalah yang melibatkan pengangkutan (11.1%), makanan dan minuman (3.4%) dan perumahan, air, letrik,gas dan bahanapi(1.5%)
Bermakna kuasa beli kita semkain mengecil, ini belum mengambil kira kenaikkan kadar tol bermula Januari kelak. Adalah dijangkakan kiranya masalah inflasi ini berterusan dan kadar pertumbuhan ekonomi negara gagal mencecah angka 7% setahun, kemungkinan Wawasan 2020 yang mahu kita kejar itu terpaksa di extend ke 2025 atau entah berapa lama lagi.
Tidak ada siapa yang mahukan ekonomi negara merosot dan merudum. Tidak ada siapa yang akan mendoakan negara ini kecundang walaupun dia dari parti apa sekalipun. Masalahnya adalah para pemimpin yang diberi amanah, kiranya tenaga tidak cukup untuk mengurus dan menyelamatkan kita dari iklim ekonomi yang gawat, maka lebi baik kita timabng-timbang untuk mnecari pengganti.
Di sebelah sana pun ramai juga pakar, cuma belum diberi peluang oleh rakyat. Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat merobah selera kerana kita mungkin tidak banyak masa lagi.
No comments:
Post a Comment