Sunday, December 03, 2006

Skandal pemimpin Umno Selangor makin pedas

Saya terus memikirkan mengapa Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Tan Sri Onn Ismail memaklumkan dewan bahawa kes yang dibangkitkan oleh ADUN Sekinchan tidak boleh dibincangkan kerana kesnya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Yang ADUN DAP Sekinchan YB Ng bangkitkan adalah masalah akhlak dua orang pemimpin Umno, seorang ahli dewan rakyat dan seorang ahli dewan negara (di dalam gambar yang ditunjukkannya dalam dewan) yang beliau dakwa telah melakukan khlawat kerana berdua-duaan dalam ekadaan sebegitu intim.

Tapi kata speaker kes sedang dinicara di mahkamah, kes apa? Kalau pun ada kes permohonan cerai antara ahli dean negara (yang juga Ketua Wanita Umno Klang) itu dengan suaminya, apa kaitan pula dengan gambar yang dibawa Ng itu. (Gambar itu menunjukkan Ketua Wanita berkenaan berdakap dengan ahli parlimen Gombak yang bukan suaminya).

Rupa-rupanya memang ada kaitan.

Berikut cabutan repot polis yang dibuat oleh suami Senator berkenaan di Balai Polis Shah Alam bertarikh 8 Oktober 2006, yang antaranya menyebut:



Terkandung di dalam telefon bimbit berkenaan (milik isterinya) ada beberapa gambar-gambar yang tersimpan yang menunjukkan gambar-gambar Dato Dr YB Rahman bin Ismail, Ahli Parlimen Gombak, berpelukan dengan isteri saya di dalam bilik-bilik hotel iaitu di Hotel Riverview, Kota Bharu Kelantan semasa pilihnaraya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan dan dalam bilik tidur di Hotel Eastin, Kuala Lumpur.

Salinan repot ini bleh didapati di laman BLOG YB Teng Chang Khim, Ketua Pembangkang DUN Selangor.

Cuma yang saya masih tertanya-tanya adakah ruling yang dibuat oleh Speaker semasa YB Ng membangkitkan isu ini dibuat atas kapasitinya sebagai Speaker atau ayahanda kepada Senator berkenaan.



Sementara itu dalam akhbar THE STAR hari ini Senator berkenaan sedang menunjukkan gaya memasak ikan masak pedas, pedas sungguh!

No comments: