Tuesday, October 31, 2006

Zakaria dan Umno Kelang enggan terima kenayataan

Dalam titah Tuanku Sultan Selangor yang telah dibacakan oleh Setiausaha Sulit Tuanku di Istana Bukit Kayangan pada 28 Oktober lalu, disebut:

Baginda sebenarnya telah banyak menerima aduan-aduan dan juga keluhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Dato Zakaria Md Deros bersikap angkuh, kasar dan telah banyak menyakiti hati rakyat jelata mengunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada beliau. Sebagai seorang Melayu beliau hendaklah bersikap sopan santuan dan berbudi bahasa.

Itu titah Tuanku dan titah tersebut mendapat pujian dan sanjungan banyak pihak termasuklah rakyat jelata.



Namun dalam akhbar THE STAR hari ini, Zakaria dilaporkan telah memberitahu wartawaan akhbar tersebut bahawa:

I am not arrogant and it is unfair for people to brand me that way.
Saya tidak angkuh dan adalah tidak adil bagi sesiapa untuk mendakwa saya demikian.

Adakah ini bermakna Tuanku telah menerima aduan yang plasu belaka? Siapakah gerangan yang telah memberikan maklumat palsu itu kepada Tuanku? Adakah Zakaria telah difitnah?

Sementara itu Umno bahagian Kelang telah mengadakan mesyuarat tergemparnya semalam. Dan menurut akhbar yang sama Umno bahagian tersebut berdiri teguh di belakang Zakaria dan mendakwa beliau telah disabotaj oleh pihak pembangkang! Menurut Ketua Penerangan Umno bahagian tersebut, perkara salah yang dilakuakn oleh Zakaria hanyalah kerana gagal mengemukakan pelan bangunan beliau (Istana) tersebut, itu sahaja!

Benarkah demikian?

Bagi saya titah Tuanku itu sungguh jelas. Kesalahan Zakaria bukannya sesuatu yang boleh ditutup sebelah mata, sebagaimana di Melaka (kerana Melaka tak bersultan). Sikap Zakaria menafikan keangkuhannya sebelum ini juga jelas bertentangan dengan sikapnya menyembah ampun kepada Tuanku ketika mengadap di Istana Kayangan baru-baru ini.

Ringkasnya Zakaria enggan mengakui kelemahannya malah Umno bahagian yang turut dianggotai anak dan menantunya pula seolah bersekongkol dengan mempertahankan pula Zakaria.

Janganlah gunakan pembangkang sebagai kambing hitam. Semua orang tahu bahawa isu kemungkaran Zakaria ini bukan sekadar dicanang pembangkang malah turut dibongkar secara besar-besaran oleh media saluran perdana atas desakan dan tuntutan rakyat.

Kalau beginilah sikap Zakaria dan sikap Umno bahagian Kelang (kegagalan mengemukakan pelan bangunan dikatakan kesalahn kecil), maka sesuai sangatlah bagi rakyat membuat keputusan meninggalkan mereka sebelum bencana yang lebih besar menimpa negeri yang kita kasihi ini.

No comments: