Jabatan Agama hilang taring di Selangor
Pada 1 Ramadhan lalu dengan penuh publisiti EXCO Agama Selangor Rahman Palil mengisytiharkan bahawa kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor JAIS akan bertindak tegas terhadap mana-mana kedai terutama Restoran Mamak yang menjual makanan pada siang hari di bulan Ramadhan.
Kata beliau pemilik kedai makan dinasihatkan hanya mula menjual makanan bermula jam 5 petang.Umat Islam yang didapat menjual makanan dalam waktu yang mencurigakan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 19, Enakmen Jenayah Syariah Selangor, dimana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Pada hari berkenaan ditemani dengan kamera-kamera TV penguatkuasa JAIS kelihatan menampal notis di restoran-restoran sekitar Shah Alam.
Hari ini kita sudah masuk 11 Ramadhan. Saya tak pasti tempat lain tetapi dari tinajuan yang saya buat Restoran Mamak atau Melayu disekitar Shah Alam dan Subang Jaya terus beroperasi sejak awal-awal pagi.
Yang timbul kekeliruan adakah mereka dilarang buka atau dilarang menjual kepada orang Islam. Sekiranya mereka cuma dibenar beroperasi mula jam 5 petang sudah pastilah kerajaan negeri tidak adil oleh kerana para pelanggan mereka bukan sekadar orang Islam tetapi sebilangan besar turut terdiri dari masyarakat bukan Islam.
Siapakah yang akan menampung kerugian mereka jika cuma dibenar beroperasi mulai jam 5 petang?
Saya sertakan di sini kenyataan Rahman yang dimaksudkan:
Umat Islam yang didapati makan secara terbuka ATAU menjual makanan dalam waktu yang mencurigakan boleh dikenakan hukuman
No comments:
Post a Comment