Remaja Melayu di Singapura semakin bermasalah
Saya terbaca sebuah laporan di akhbar BERITA HARIAN SINGAPURA hari ini yang sungguh menyayat hati. Betapa saudara-saudara kita di Singapura, sudahlah di MARGINALISE begitu buruk oleh kerajaan PAP (warisan dari Lee Kuan Yew), kini mereka berhadapan dengan masalah sosial yang membimbangkan yang mampu meruntuhkan peradaban Melayu Islam di sana.
Akhbar tersebut melaporkan:
Lebih membimbangkan ialah bilangan wanita Melayu yang melahirkan anak luar nikah membentuk hampir separuh daripada semua kelahiran anak luar nikah di Singapura.
Demikian menurut laporan terbaru Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2005 yang dikeluarkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), semalam.
Laporan itu bertujuan memberi gambaran keseluruhan tentang perubahan penduduk, kelahiran dan kematian serta perangkaan lain setiap tahun.
Mengenai anak luar nikah, ia melaporkan 481 kelahiran didaftarkan tanpa berbinkan bapa tahun lalu, dengan 36.8 peratus kelahiran melibatkan remaja. Wanita Melayu membentuk peratusan terbesar dalam kategori tersebut.
Memang masalah ini juga berlaku dikalangan remaja Melayu di Malaysia, namun bagi masyarakat Melayu yang semakin mengecil bilangannya di Singapura, sudah pastilah angka yang sebesar begini harus mencemaskan.
Akhbar tersebut menambah:
Mengulas kenaikan kelahiran oleh remaja, penyelaras Program NUR, Cik Siti Hamidah Bahashwan, berkata ia disebabkan oleh nilai hidup yang banyak berubah sejak beberapa tahun lalu.
Sekitar 20 tahun dulu, ramai yang masih mementingkan isu dara tetapi kini remaja berpegang kepada falsafah berani buat, asal tak mengandung. Mereka juga mula berpacaran pada usia lebih muda, sekitar usia 9 hingga 10 tahun,ujarnya.
Kaunselor, Encik Muhammad Ferhad Johari, berkata masalah kelahiran remaja boleh menjadi bom jangka jika ia tidak ditangani segera.
Saya kira di Malaysia, falsafah BERANI BUAT ASAL TAK MENGANDUNG juga diguna pakai malah pada tahap yang lebih kronik lagi. Lihatlah pada budaya MAT REMPIT kita yang BERANI BUAT FIKIR KEMUDIAN. Inilah budaya anak remaja kita di sini.
Di Singapura saya kira Lee Kuan Yew akan tersenyum lebar membaca berita ini, kerana beliau tahu apabila orang Melayu sudah tidak kisah pada agama lagi, khayal mendodoi kemasukkan budaya Barat, ketika itu bangsa Melayu akan ranap sebagaimana yang pernah dibayangkan oleh Sdr Said Zahari bekas Ketua Pengarang utusan Melayu yang ditahan selama 17 tahun di bawah ISA oleh Kuan Yew.
No comments:
Post a Comment