Wednesday, October 04, 2006

Oil-for-Food PBB:
Saya tidak terlibat kata PM

Sekiranya kita melawat ke laman web Badan Pencegah rasuah BPR, kita dapat klik ke ruangan perundangan dimana diterangkan darihal takrif suapan, kesalahan rasuah dan peruntukkan undang-undang berkenaan rasuah.

Di bawah huraian kesalahan rasuah dijelaskan:

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.



Saya membawa perkara ini kerana di dalam kekalutan kita membicarakan darihal permohonan maaf Lee Kuan Yew dan ketidak-tentuan sikap kerajaan mengenainya, terdapat satu berita kecil yang mungkin tidak mendapat perhatian orang kebanyakkan.

Dalam akhbar THE STAR satu ruangan kecil empat perenggan membawa tajuk:

PM: I have no interest in Iraq scheme

Dan dalam akhbar THE SUN:

Abdullah denies involvement in project

Setelah perjumpaan khas PM Dollah Badawi dengan para ulamak jemputan di Putrajaya semalam seorang pemberita bertanya berkenaan dakwaan penglibatan beliau di dalam program Oil-for-Food Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum Iraq diduduki Amerika Syarikat dan tentera bersekutu dahulu sebagaimana dilaporkan di dalam laman-laman web tertentu.

Program PBB untuk Iraq itu dikatakan melibatkan kontrak berjumlah USD800 juta ataupun RM2.96 billion.

Kata Dollah sebagaimana dipetik THE STAR:

The website can say whatever it wants. I know what I have done. I do not have any interest of any sort.

Laman web itu boleh perkatakan apa sahaja yang ia mahu. Saya tahu apa yang telah saya lakukan. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung.

Manakala THE SUN melaporkan:

Recommending people an opportunity to participate does not imply that I have been involved in any dealings. It is quite normal for government leaders to write letters of introduction for any particular group seeking genuine business opportunities.

Memberikan sokongan kepada mana-mana pihak bagi berpeluang mengambil bahagian (dalam perniagaan) tidak bermakna yang saya terlibat dalam urusannya. Ianya sesuatu yang biasa bagi pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menulis surat memberikan sokongan kepada mana-mana kumpulan yang mahu menceburkan diri dalam peluang perniagaan.

Sebenarnya bekas PM Tun Dr Mahathir pun ada mendedahkan darihal penglibatan Dollah ketika itu Dollah adalah TPM. Dan kumpulan atau syarikat yang menerima sokongan Dollah itu menurut laporan berkenaan program tersebut yang disediakan oleh Charles Duelfer dan Paul A. Volcker turut melibatkan Tradeyear Sdn. Bhd. dan Mastek Sdn. Bhd. Salah seorang yang terlibat aktif dalam kumpulan itu adalah Noor Asiah Binti Mahmood I/C No: 530624-08-5224, beliau adalah adik ipar Dollah, adik kepada allahyraham Kak Endon.

Dalam laporan itu disebut:

The Volcker Report also mentions that Abdullah had written a letter to Taha Yassin Ramadan on 13 November 2000 recommending a delegation headed by Mr. Faek Ahmad Shareef and Noor Asiah Mahmood

Laporan Volcker menyebut bahawa Abdullah telah menulis surat kepada Taha Yassin Ramadan pada 13 November 2000 dengan memebrikan sokongan kepada satu delegasi yang diketuai oleh En Faek Ahmad Shareef dan Noor Asiah Mahmood.

Laporan itu turut menyebut:

A review of Iraqi documents confirms the association between Iraqi officials, Mr. Faek Ahmad Shareef and Abdullah. References to Mr. Shareefs oil allocation in the SOMO (State Oil Marketing Organisation) documents appear in some instances as Mr. Faek Ahmad Shareef/for the benefit of Abdullah.

Suatu semakan terhadap dokumen-dokumen Iraq itu mengesahkan penglibatan antara para pegawai Iraq, En. Faek Ahmad Shareef dan Abdullah. Rujukan kepada peruntukkan minyak En Shareef di dalam dokumen-dokumen SOMO (Organisasi Pemasaran Minyak Negara) di dalam beberapa bab merujuk kepada En. Faek Ahmad Shareef/untuk kepentingan Abdullah.

Adakah tindakan Dollah itu jatuh di bawah huraian rasuah sebagaimana yang terdapat dalam laman web BPR itu?

Saya difahamkan beberapa ketua kerajaan lain yang turut terlibat dengan program PBB ini telah pun melepaskan jawatan masing-masing apabila skandal ini didedahkan kecuali Dollah. Jadi bagaimana ya?

No comments: