Pada jam 11 pagi tadi Zakaria Md Deros ADUN Pelabuhan Kelang yang telah mencetuskan kontroversi lantaran pembinaan ISTANA beliau di Pandamaran serta perlantikan beliau anak-beranak sebagai ahli majlis MPK (Majlis Perbandaran Kelang) telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor di istana Tuanku di Shah Alam.
Zakaria pergi setelah gagal menghadirkan diri pada tarikh yang diputuskan Tuanku sebelum ini kononnya atas alasan sakit.
Pada jam 11 pagi tadi juga sejumlah hamper 300 orang penduduk Kelang dan rakyat Selangor telah berhimpun secara aman di hadapn ISTANA puaka itu di Kg Idaman untuk menyatakan bantahan mereka. Turut serta adalah pimpinan pembangkang termasuklah Dato Dr Hasan Ali (Naib Presiden PAS), YB Teng Chang Khim (ADUN DAP Sg Pinang), YB Ng Swee Lim (ADUN DAP Sekinchan) dan Dr Shafiee Abu Bakar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor).
Menurut BERNAMA di istana Shah Alam, Tuanku Sultan telah menitahkan agar Zakaria melepaskan jawatannya sebagai ahli majlis MPK (jika tidak gelaran Dato akan dilucutkan: menurut Star online). Zakaria juga disuruh bertaubat dan tidak lagi mengulangi kesalahannya yang lalu.
Tuanku turut bertitah bahawa Baginda menerima aduan dari orang ramai bahawa Zakaria selaku pemimpin adalah seorang yang bongkak, angkuh dan sering menganiaya dan menyakitkan hati dan perasaan orang-ramai. Titah Tuanku lagi sebagai seorang Melayu Zakaria seharusnya memiliki akhlak yang baik dan bersopan santun.
Sementara itu dihadapan ISTANA nya orang ramai yang berhimpun telah mendengar ucapan dan penerangan dari pemimpin-pemimpin yang hadir. Semuanya berjalan lancer kecuali kehadiran sekumpulan ORANG KUAT Zakaria yang cuba menganggu majlis dengan mengugut dan memaki hamun mereka yang hadir (salin tak tumpah bagai perangai Zakaria sebagaimana yang Tuanku perhatikan).
Saya kira nasihat Tuanku itu baik, namun isu Zakaria ini tidak boleh berakhir setakat itu. Proses undang-undang perlu berjalan. Pihak BPR dan LHDN yang telah menerima aduan perlu bertindak menyaisat dan jika ada bukti mengambil tindakan. Manakala rakyat jelata pula perlu mengambil iktibar bahawa inilah jenis pemimpin yang telah lahir hasil dari kelekaan dan kealpaan mereka selama ini. Cukuplah apa yang telah kita terima dan lihat.
Segala-galanya dapat dirobah sekiranya rakyat insaf dan mengambil pengajaran.
Katakan: Cukuplah!

No comments:
Post a Comment