Hidup Guru semakin tertekan
Dahlah mereka tidak menerima kenaikkan gaji sebagaimana kakitangan awam lain, bagi mereka yang dalam kategori TIME BASED pula kini, kenaikkan pangkat mereka adalah tertakluk kepada syarat. Dan syarat itu adalah bahawa mereka mesti bersedia untuk dipindahkan ke mana-mana daerah termasuklah ke Sabah dan Sarawak.
Menurut akhbar THE STAR jumlah guru yang terlibat dalam kategori ini adalah seramai lebih 25,000 orang dan kebanyakkan mereka melebihi 40 tahun.
Alasan yang diberikan kementerian adalah kerana kekurangan tenaga guru dan guru besar di sekolah-sekolah di luar bandar kini dalam keadaan kritikal.
Sebelum ini kita pernah mendengar yang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idtis UPSI dan beberapa graduan lain yang mengambil kursus pendidikan mengeluh kerana mereka tidak menerima POSTING walaupun telah lama tamat pengajian. Kalau benar kementerian kekurangan tenaga guru di sekolah-sekolah luar Bandar, mengapa tidak dihantara mereka ini?
Saya menyatakan ini kerana saya yakin guru-guru semuanya bersedia berkorban untuk mendidik anak bangsa. Namun mereka juga manusia. Kalau yang dah lebih 40 tahun itu, mereka sudah berkeluarga, memiliki rumah sendiri dan kalau yang wanita, sudah pastilah suaminya juga sudah tetap di tempat pekerjaan mereka masing-masing. Mengapa mereka ini dipaksa berpindah begitu.
Bayangkan kalau sepasang suami-isteri berusia 40an, yang mempunyai anak 5. Sudah tinggal dan memiliki rumah di Johor Bharu, tiba-tiba si isteri kerana jatuh dalam kategori ini maka diarahkan berpindah ke Sekolah di Ulu Tembeling. Apa akan jadi kepada keluarga tadi?
Saya pasti si suami sudah hamper pasti tidak dapat menemani si isteri ke sana kerana dia sudah mempunyaim pekerjaan tetap. Bagaimana dengan anak-anak mereka? Seribu satu masalah akan timbul dan yang pastinya ini akan menekan hidup si guru tadi dan akibatnya prestasi kerja menurun dan anak-anak murid di luar bandat tadi akan menerima seorang guru yang hatinya tidak tenteram.
Saya lihat sejak akhir-akhir ini agak berserabut dan kusut-masai pengurusan di Kementerian Pelajaran kita. Kalau beginilah caranya guru-guru kita dilayan saya bimbang akhirnya yang akan rugi adalah anak-anak kita juga. Sesuatu perlu dilakukan agar masalah seumpama ini tidak berlarutan.
No comments:
Post a Comment