Wednesday, October 18, 2006

Terima kasih Ustaz Mujahid

Saya begitu terharu dan berterima kasih kepada sahabat saya Ustaz Mujahid Yusof Rawa yang telah sudi memberikan pandangan dan komen dalam ruangan komen bagi artikel saya yang bertajuk

Jangan kerana Deepavali lalu Islam dibenci

Berikut adalah komen beliau:

Assalamualaikum,
Ini pasal nak ucap deepavali. Saya tak tengok point argument Ustaz Fauzi kita di takaful, namun saya nak kongsi pandangan lah sikit. Isu ini sebenarnya harus diperincikan dengan halus mengambil kira hukum asal dan hukum cabangan serta fiqh waqie yang kita hadapi.


1. Kalau Deepavali dianggap sama macam Raya Eidul Fitri ka Eidul Adha memanglah jelas hukumnya haram kerana perayaan dalam Islam adalah perintah Tuhan. Saya kira penganut lain juga tak mahu nilai raya mereka disamakan dengn mana mana raya lain.

2. Cabangan dari masalah itu ialah bolehkah kita mengucap sambutan raya agama lain? Dalam hal ini prinsip Islam dalam hubungan dengan agama lain ialah hormat menghormati disebalik keyakinan kebenaran agama kita (mereka pun macam tu gamaknya) dengan syarat mereka tidak memerangi dan membenci kita (kalau ada be specific) Tanda menghormati ialah menghormati perayaan mereka kerana itu hak agama dia. Terpulanglah untuk kita mengikut keperluan dan keadaan bagi menjamin keterbukaan Islam untuk ucap atau tidak, ziarah atau tidak. kalau tak perlu maka ia berakhir di situ sahaja. (Setengah kita yang sibuk bincang ini mungkin jirannya atau kawannya yang beragama Hindu pun tak ada, apa guna bincang?)

3. Kenyataan di atas tidak bertentangan dengan sikap Nabi kepada agama lain. Nabi tidak mengucap selamat menyambut hari Lat atau U'zza kerana memang tidak ada perayaan itu. Tapi Nabi dilarang oleh ALLAH untuk mengutuk Tuhan-tuhan musyrikin kerana tidak mahu menimbulkan fitnah kepada kemuliaan ALLAH.

4. Perayaan Deepavali atas apa sejarahnya adalah hak mutlak mereka. Islam hanya melarang jika mereka menzahirkan kebencian mereka dan memerangi kita. Adakah orang India di Malaysia secara umumnya menentang dan membenci secara zahir Islam. Kalau ada kes kes tertentu ia perlu dilayan seara individu dan tidak boleh pukul rata kerana ini akan menimbulkan fitnah lebih besar terhadap agama Islam.

Jangalah kita hendak mengeraskan barang apa yang Allah peringankan kepada umat ini. khusus juga kepada mereka yang memberi pendapat, beramanahlah dengan ilmu dan dalamilah maksud Fiqh yang sebenar seperti kata SufyanAtthawri:

Sebahagian makna fiqh ialah menghubungkan antara hukum asal dan realiti, jika fiqh itu hanya menghukum dengan hukum asal mudahlah dilakukan oleh sesiapapun.


Ustaz Mujahid adalah seorang bekas pensyarah IPT lulusan BA (Azhar) dan MA (Human Resource Development). Beliau kini adalah AJK PAS Pusat dan ya, almarhum ayahnya adalah bekas Presiden PAS.

No comments: