Tuesday, October 03, 2006

Atau Kuan Yew yang berjaya jinakkan Dollah?

Jika akhbar THE STRAITS TIMES SINGAPORE itu mewakili suara hati Negara pulau tersebut, ternyatalah pernyataan maaf Kuan Yew kepada PM Dollah Badawi itu sebenarnya adalah satu muslihat win-win untuk kedua-dua Dollah dan Kuan Yew.

Win untuk Dollah kerana ia membantu menaikkan imejnya, seolah beliau telah berjaya menundukkan Kuan Yew yang bagaikan singa tua itu. Manakala win pula untuk Kuan Yew kerana walaupun kononnya meminta maaf, hakikatnya maaf beliau hanyalah kerana kenyataan itu menimbulkan ketidak-selesaan kepada Dollah, tak lebih dari itu.



Di Singapura STRAITS TIMES masih mengagungkan kenyataan Kuan Yew itu. Menurut penulis Seah Chiang Nee:

To potential leaders his message was learn to say no to unreasonable demands

Kepada bakal pemimpin (Singapura) kenyataan (Kuan Yew) itu memberikan pengajaran (kepada mereka) supaya tahu berkata TIDAK kepada tuntutan yang melampau (dari Malaysia)

Dan penulis tersebut telah menggunakan ruangannya untuk menyerang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang disebutnya sebagai:

The querulous Dr Mahathir
Dr Mahathir yang sentiasa mencari pasal (dengan Singapura)

Apakah mesejnya di sini?

Bagi saya ini jelas menunjukkan yang semasa Tun Dr Mahathir memimpin negara, Singapura begitu bimbang dan menghadapai kesukaran berhadapan dengan Malaysia. Lalu sekarang bagaimana?

Sekarang mereka gemar dan setuju dengan Dollah. Sebagaimana surat Kuan Yew memperakui:

Sejak anda mengambil-alih sebagai PM Malaysia pada November 2003, hubungan antara kedua-dua Negara semakin bertambah baik. Warga Singapura dan saya percaya Malaysia juga menghargainya.

Ini mengingatkan saya kepada beberapa bulan yang lalu dalam sebuah siaran BBC dimana seorang pemimpin Singapura mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Dollah Badawi!

Singapura tidak pernah memberikan keuntungan kepada kita selain dari membeli air kita (dengan harga yang paling murah), membeli petrol yang murah dari kita ketika menyeberang masuk ke Semenanjung, menggunakan ruang udara kita dan disamping itu menjalin hubungan diplomatik termasuk ketenteraan dengan Israel. Pernah Singapura menganggap Johor Bharu sebagai pusat jenayah yang merbahaya dan Singapura sehingga kini memberikan layanan yang buruk kepada para pekerja kita di sana.

Dan sekarang kita mempunyai pemimpin yang Singapura sayang kerana tidak memberikan sebarang ancaman kepada mereka.

Saya tak tahulah samada kita perlu berbangga dan perlu melonjak gembira atau sebenarnya menangis mengenangkan nasib dan masa depan kita.

No comments: