Apabila pihak akhbar tidak berselera membuat laporan
Seluruh akhbar arus perdana hari ini lebih berminta melaporkan darihal kemarahan PM Dollah Badawi terhadap pihak-pihak tertentu yang dikatakan mempersoalkan isu ekuiti Bumiputera. Nampak macam marah sungguh Dollah apabila mengatakan:
Jangan buat kacau, nak tanya dengan baik, tanya dengan baik.
Tak tahulah siapa yang tanya dengan tak baik tu, tapi yang jelas menuntut agar Unit Perancangan Ekonomi (EPU) mendedahkan secara telus kajian dan formula bagaimana angka 18.9% ekuiti Bumiputera itu diperolehi adalah pemimpin tertinggi parti komponan BN juga, iaitu Lim Kheng Yaik yang juga seorang anggota kabinet.
Mukasurat empat akhbar UTUSAN hari ini di khaskan untuk menendang dan membelasah Keng Yaik.
Tetapi sesungguhnya di sana ada satu lagi berita yang kurang mendapat perhatian, THE STAR cuma menempatkan di muka lapan manakala UTUSAN langsung tidak memberikan ruang.
Beritanya adalah berkenaan pengurangan Foreign Direct Investment atau FDI yakni pelaburan asing ke dalam Negara bagi tahun 2005. Telah dilaporkan oleh UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Development) bahawa FDI untuk Malaysia bagi tahun 2005 menguncup sebanyak RM2.4 billion iatu dari RM17.09 billion pada tahun 2004 ke RM14.69 billion pada tahun 2005.
Malah Indonesia mengalahkan Malaysia dengan berjaya membawa RM19.46 billion FDI bagi tempoh yang sama.
Apabila pemberita bertanya Datuk Dr Zainal Aznam Yusof ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MATEN) adakah penurunan ini bepunca dari pertukaran pucuk pimpinan Negara, beliau dengan tegas menafikan.
Mungkin benarlah yang PM pada hari ini lemah, tidak meyakinkan, tidak ada program, jika tidak masakan para pelabur asing lari dan berhijrah ke negara-negara jiran? Ini mungkin telahan ramai diantara kita.
Lalu kerana buruknya pencapaian ini maka UTUSAN mengugurkannya langsung.
PM sepatutnya menjelaskan kepada rakyat mengapa berlaku penguncupan ini, adakah kerana para pelabur tidak selesa dengan beliau, atau mengapa? Atau mungkin sebagaimana dalam kes Keng Yaik, Dollah akan berkata:
Saya belum baca laporannya lagi ...
No comments:
Post a Comment