Air naik: Khir mahu ajar rakyat Selangor
Selepas Hari Raya nanti warga di Selangor akan mengalami kenaikkan tariff air. Kabinet baru sahaja meluluskan kenaikkan tersebut yang menurut Menteri berkenaan Lim Keng Yaik adalah kenaikkan sehingga 15%.
Semalam MB Selangor menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengumumkan kadar baru itu selepas Hari Raya nanti. Yang menariknya Khir menyatakan sebagaimana dilaporkan oleh M online:
Pelaksanaan tarif baru itu bertujuan mendidik rakyat agar tidak membazir air. Katanya walaupun pelbagai kempen kesedaran penjimatan air dilaksanakan namun ia hanya menunjukkan kesan yang minimum.
Saya harap ia tidak dianggap membebankan rakyat kerana kita kena memastikan penjimatan menjadi keutamaan. Kita perlu mendisiplinkan rakyat.
Saya tidak tahu samada mahu marah atau ketawa selepas membaca kenyataan tersebut tapi begitulah rupanya MB Selangor.
Keluhan rakyat terhadap kenaikkan harga minyak, letrik, barangan runcit dan perkhidmatan belum pun terubat kini mereka dibebankan lagi dengan kenaikkan harga air dan yang menyakitkan hati pula apabila Khir menyatakan alasannya untuk mendidik rakyat agar tidak membazir!
Apakah rasional yang berada di kepala MB apabila beliau menyatakan kenaikkan ini sebagai satu pendidikan? Sedangkan pembaziran di PBT-PBT seluruh Selangor dalam menghias dan membina monumen yang mahal-mahal memang diketahui umum. Tiba-tba rakyat yang disuruh pikul beban, rakyat yang disalahkan.
Bagi saya rakyatlah yang perlu mendidik Khir dan anggota EXCO serta ADUN-ADUN nya yang hidup mewah, rasuah dan mengamalkan kronisma dan nepotisma secara terbuka itu. Kalau rakyat Selangor terus-menerus menerima Khir maka memang padanlah mereka diajar dan didisiplinkan oleh Khir.
No comments:
Post a Comment