Friday, October 27, 2006

Kes Zakaria bukti kecelaruan pimpinan Khir Toyo

Isu ISTANA RM5 juta milik ahli dewan undangan negeri Umno kawasan Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros, masih meniti di bibir orang-ramai terutama di bulan Syawal ini. Dari ceruk kampong , sehinggalah ke bandar dan malah sampai ke serambi Istana, skandal ini hangat diperkatakan.

Saya sempat beraya dan bertemu dengan sorang bekas pimpinan Wanita Umno bahagian Pelabuah Kelang. Menurut beliau, rekod kepimpinan Zakaria di sana siapa yang tak tahu. Cuma ia dipendamkan selama ini kerana kononnya Zakaria orang kuat PM (dari PM Tun Dr M sampailah ke PM Dollah Badawi).


ISTANA Ketua Umno bahagian Pelabuhan Kelang


ISTANA Timbalan Ketua Umno bahagian yang sama
(dua-dua tiada kelulusan MPK)

Veteran wanita Umno itu menambah bahawa beliau sendiri selaku antara pimpinan wanita tertinggi diperingkat bahagian pun pernah ditipu hidup-hidup oleh Zakaria ini kan pula orang lain.

Sementara itu menurut laporan akhbar hari ini DYMM Tuanku Sultan dilaporkan murka kerana Zakaria, enggan mengadap ke istana bagi menjelaskan isu berkenaan terus kepada Tuanku. Zakaria kononnya mendakwa beliau sakit sedangkan akhbar tempatan melaporkan yang beliau berhari raya di chalet kepunyaannya di Melaka!

Dan dalam akhbar hari ini juga MB Selangor Khir Toyo dilaporkan semasa menghadiri rumah terbuka PM, marah-marah kerana Zakaria sengaja memberikan alas an sakit kerana enggan mengadap Tuanku.

Tidakkah itu DURHAKA dalam bahasa istana? Takkanlah MB yang duduk bernaung di bawah istana tak tahu?

Bagi saya segala yang terbongkang di depan mata kita pada hari ini adalah bukti kegagalan kepimpinan Khir Toyo. Mengapa baru hari ini Khir sedar akan isu ini? Mengapa semasa ADUN Sekinchan dari DAP membangkitkannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor awal tahun ini (semasa itu ISTANA tersebut baru mula dibina) Speaker diarahkan untuk menolak soalan itu, kononnya tak relevan, tak kena pada tempatnya.

Mengapa sebuah PBT seperti Majlis Perbandaran Kelang boleh berdiam diri dan tidak mengambil tindakan sedangkan pihaknya tahu bahawa pembinaan ISTANA itu jelas bertentangan dengan unang-undang yang ada kerana gagal mendapatkan kelulusannya terlebih dahulu? Mengapa MPK gagal mengutip cukai taksiran dari seorang ADUN yang juga Ahli Majlis sedangkan kalau rakyat kebanyakkkan pihak majlis tidak akan teragak-agak untuk merampas harta-benda dan menyita harta yang berkenaan?

Dan dalam pada itu baru-baru ini Timbalan Ketua Umno bahagian yang sama yang juga seorang ahli majlis MPK dilaporkan oleh akhbar sebagai turut membina sebuah ISTANA yang hamper sama dalam akwasan MPK dan gagal juga mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari MPK. Kata pemimpin Umno nombor dua di Pelabuhan Kelang itu, bukan beliau sahaja malah ramai lagi ahli majlis di MPK yang membina rumah mewah tanpa kelulusan MPK?!

Jadi, jangan pula Khir buat-buat tak tahu lagi. Hal ini dah dilaporkan hitam-putih dalam akhbar. Lalu MB Selangor Maju nak tunggu apa lagi?

Sesungguhnya inilah bukti amalan durjana kronisma dan nepotisma yang sungguh menebal dan bermaharajalela dalam kerajaan negeri Selangor khusus dikalangan pimpinan Umno negeri, Khir tak payahlah berpura-pura macam tak tahu.

Kemelut ini saya kira tidak mudah selesai begitu sahaja. Rakyat Selangor perlu berani dan berterusan membongkar penyelewengan-penyelewengan dan kemungkaran yang seumpama ini. Biar kita sama-sama bangun menuntut sebuah kerajaan yang telus, bersih dan adil. Kalau Umno dah tak mampu, lantaran daki dan kudis buta yang tak hilang di tubuh mereka itu, maka sama-samalah kita membangunkan sebuah kerajaan baru yang boleh dipercayai.

Katakan CUKUPLAH pada Khir Toyo dan Umno/BN Selangor!

No comments: