Terima kasih lah Pak Lah
PM Signs Release Order To Nik Adli
KUALA LUMPUR, Oct 18 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Wednesday he has signed the release order pertaining to Nik Adli, the son of Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who was detained under the Internal Security Act (ISA) five years ago. -- BERNAMA
Demikianlah kenyataan satu para yang dikeluarkan oleh BERNAMA.
Saya difahamkan beberapa yang lain samada yang dituduh kononnya terlibat dengan KMM ataupun JI turut dibebaskan dengan sebahagiannya dikenakan perintah buang daerah.
Alhamdulillah Nik Adli dan rakan-rakan dapat berhari raya bersama kaum keluarga yang tercinta. Saya tidak dapat membayangkan betapa gembiranya isteri dan terutama ayahanda beliau Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz. Nik Adli ketika artikel ini ditulis difahamkan masih berada di Ibupejabat Polis di Kota Bharu untuk proses dibebaskan.
Saya tidak tahu samada selayaknya kita mengucapkan terima kasih atau tidak kepada Menteri Dalam Negeri. Memang hakikatnya kalau bukan beliau yang menandatangani RELEASE ORDER itu pasti mereka ini akan terus ditahan.
Tetapi soalnya: Apakah kesalahan mereka ini? Mereka ditahan 4 tahun dan lebih, dipisahkan dari kaum keluarga, menderita dan sengsara, tidak pernah didakwa atau dibawa ke mahkamah terbuka, lalu tiba-tiba mereka dibebaskan.
Saya bersyukur sahabat-sahabat kita ini kini bergerak bebas, walaupun ada yang di buang daerah namun saya yakin mereka yang terlibat termasuklah anak-isteri dan kaum keluarga malah seluruh umat Islam yang prihatin sekali-kali tidak akan memaafkan tangan yang mengarahkan penangkapan mereka termasuklah tangan yang menyambung penahanan mereka itu.
Terima kasihlah kerana membenarkan mereka pulang, tetapi tindakan kezaliman menahan insan tanpa bicara sedemikian rupa tidak mudah dipadamkan begitu sahaja. Mereka yang terbabit pasti kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Qadhi Rabbul Jalil.
Bersedialah dengan jawapan masing-masing.
No comments:
Post a Comment