Ayuh kita perangi kemungkaran
Pada awal tahun ini ahli dewan undangan negeri kawasan Sekinchan dari DAP YB Sdr Ng Swee Lim telah mengemukakan soalan di DUN Selangor, bagaimana wakil dari Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros dapat membina ISTANA sebegitu besar dan mewah. Soalan tersebut ditolak oleh Speaker Dewan kononnya ia tidak patutu dibangkitkan dalam dewan.
Semalam selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO mingguan MB Selangor Khir Toyo kononnya tiba-tiba mahukan pihak BPR menyiasat jika ada kesalahan yang telah dilakukan oleh Zakaria.
Mengapa dah hampir hujung tahun ini baru MB tiba-tiba terangsang mahu berkata begitu? Mengapa semasa perkara ini mula-mula dibangkitkan di dewan dahulu MB tidak halang Speaker dari menolak soalan YB Ng itu? (atau MB memang tak kisah atau MB takut?)
Kini (setelah perkara ini di bawa ke pengetahuan umum melalui pendedahan pihak media dan orang-ramai) Khir berkokok yang tindakan maksimum akan dikenakana ke atas Zakaria. Tetapi setahu saya tindakan itu harus ORIGINATE dari Majlis Perbandaran Kelang kerana keenganan Zakaria mematuhi syarat dan peraturan majlis berhubung pembinaan ISTANA nya itu, Khir harus nyatakan mengapa MPK takut mengambil tindakan terhadap Zakaria. Siapakah yang samseng sangat sehingga mengakibatkan MPK kecut itu?
Zakaria selain ADUN Pelabuhan Kelang dan juga Ketua Umno bahagian, adalah merupakan salah seorang POLITICAL WARLORD di Selangor yang sangat digeruni di dalam dan di luar Umno Selangor! Rapat dengan orang atasanlah katanya. Anak lelakinya Zainuri adalah Ketua Pemuda Umno bahagian dan menantunya Roselinda adalah Ketua Puteri bahagian! Satu bahagian Umno di bawah kawalan Zakaria sekeluarga.
Khir berkata:
Yuran pelan rumah itu ialah RM2,400 dan jika 10 kali ganda maknanya Zakaria kena bayar sekurang-kurangnya RM24,000 kerana kesalahan tersebut.
Manjanya MPK dan kerajaan negeri terhadap Zakaria. Bayangkan jika kesalahan ini dilakukan oleh rakyat kebanyakkan. Saya pasti tindakannya tidak selembut sebagaimana dikenakan terhadap Zakaria.
Sementara itu menurut R. Nadeswaran dari akhbar THE SUN, Zakaria bukan sekadar bersalah kerana enggan memohon kelulusan MPK untuk banglo beliau, Zakaria juga dilaporkan gagal membayar cukai taksiram ke atas hartanya itu iaitu RM195 setahun untuk 12 tahun dan penaltinya sahaja dikhabarkan mencecah RM5,433.60.
Bayangkan kalaulah rakyat kebanyakkan pasti rumah masing-masing akan disita dan pihak MPK akan merampas perabut dan alat-alat letrik mereka.
Dan menurut Nades lagi tidak cukup setakat itu, selaku Ketua Umno bahagian, pejabat Umno bahagian Kelang yang beliau ketuai yang terletak di Jalan Sentul, Pelabuhan Kelang berhutang dngan MPK sebanyak RM20, 344.80 kerana gagal membayar cukai yang sama sejak tahun 2001!
Umno cawangan Kg Idaman pula, tempat terbinanya ISTANA Zakaria itu juga berhutang RM20,340.80 kerana kegagalan membayar cukai taksiran kepada MPK sejak 1989.
Bagi saya selaku ADUN, ahli majlis MPK dan Ketua Umno bahagian Zakaria telah membuktikan sikap beliau yang jelas tidak menghormati undang-undang dan peraturan. Lantas hukuman yang paling layak diberikan oleh rakyat terhadap beliau adalah memastikan Zakaria atau siapa sahaja yang seumpamanya tidak lagi diberikan mandat dan amanah oleh rakyat di masa hadapan.
Kita perlukan pemimpin yang jujur, yang ikhlas dan yang bertaqwa. Maaf Zakaria tidak layak ketiga-tiga syarat itu dan mungkin juga demikianlah hakikatnya bagi Khir dan yang lain-lain.
Semoga Ramadhan ini membuka minda, hati serta mata kita untuk melihat dan mengenali kebenaran serta berani bangun dan menuntut perubahan. Jangan lagi terus hidup dibelenggu kemungkaran.
No comments:
Post a Comment