Monday, October 16, 2006

TI: Zakaria Deros patut ditolak

Presiden badan bebas TRANSPARENCY INTERNATIONAL MALAYSIA, Tan Sri Ramon Navaratnam menyatakan bahawa ADUN Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros yang terlibat dalam kontroversi pembinaan ISTANA miliknya yang bertentangan dengan peraturan-peratauran Majlis Perbandaran Kelang, MPK sepatutnya tidak layak menjadi seorang Ahli Majlis.

Malah lebih memeranjatkan lagi kata Ramon, beliau telah dilantik semula sebagai ahli majlis MPK bersama-sama anak dan menantunya. Kata Ramon kepada akhabr THE SUN:

How can the appointing authorities approve the presence of three relatives in the same council? Is this not a violation of principles of integrity and conflict of interest?

Bagaimana pihak yang melantik boleh meluluskan tiga bersaudara duduk dalam majlis yang sama? Tidakkah ini mencabul prinsip-prinsip integriti dan konflik kepentingan?

Sementara itu mengulas berkenaan ISTANA milik Zakaria yang dibina bersebelahan rumah kos rendah di Pandamaran (di atas tanah kurniaan kerajaan kepada isteri beliau), Ramon mengatakan:

It is a disgraceful testimony of abuse of power

Ianya suatu kes bukti kotor, penyalahgunaan kuasa.

Kata Ramon lagi memandangkan pihak MPK pun enggan merobohkan rumah yang telah lebih 80% siap itu, lebih baik ianya dirampas dan digunakan untuk kepentingan awam, umpamanya dijadikan perpustakaan awam sebagai suatu peringatan untuk generasi mendatang bahawa inilah bagaimana penyalahgunaan kuasa ditangani.

Kerana itulah pilihnaraya majlsi tempatan yang digantung oleh pihak kerajaan perlu diadakan semula. Biarlah rakyat yang memilih ahli-ahli majlis ini supaya mereka kelak akan bertanggungjawab kepada rakyat.

Sekarang ini seluruh ahli majlis PBT dilantik oleh parti yang memerintah. Kerana itulah anak-beranak dan adik beradik boleh duduk selamba dalam satu majlis tanpa menghiraukan moral atau kepentingan awam.

No comments: