Harga minyak dunia jatuh harga minyak di stesyen pam bagaimana?
Harga minyak dunia jatuh keparas antara yang terendah tahun ini iaitu kepada USD58.10 setong jam (4.50 ptg waktu Malaysia semalam). Sedangkan pada bulan Julai lalu ia pernah melonjak sehingga USD78.40 setong.
Para penganalisa ekonomi menjangkakan ianya akan mampu melantun kembali ke USD65 setong menjelang hujung tahun ini
Apakah impak penurunan drastik ini kepada kita selaku pengguna?
Kemungkinan besar tidak ada, walaupun apabila harga melonjak dahulu terus sahaja kerajaan menaikkan harga petrol kepada 30 sen seliter yang sehingga hari ini terus menghantui penghidupan rakyat Malaysia kerana akibatnya satu demi satu harga barangan dan perkhidmatan terus naik sehingga ke hari ini.
Saya bimbang apabila harga terus turun rakyat akan terus menjadi mangsa lagi. Alasannya, Petronas yang kini merupakan satu-satunya hasil pendapatan utama kerajaan akan semakin susut untungnya. Bila susut maka susutlah juga kantung kerajaan, lalu mangsanya siapa lagi jika bukan rakyat jelata.
Menurut seorang pengusaha minyak dan gas (O&G) tempatan setakat ini penurunan harga minyak dunia tidak banyak menjejaskan industri berkenaan kerana BREAK EVEN atau paras terakhir bagi mencatatkan keuntungan bagi industri berkenaan adalah sekitar USD20 setong. Bermakna kalau jatuh di bawah paras itu industri minyak tempatan akan gulung tikar.
Memang dari USD58.10 ke USD20 dikira agak jauh.
Tetapi hakikatnya bagi kita rakyat Malaysia yang dididik agar berbangga dengan industri petroleum kita sesungguhnya tidak merasakan apa-apa kecuali sekadar melopong mulut melihat kemegahan Menara Berkembar KLCC itu. Kerana apa, kerana walaupun kita Negara pengeluar minyak, namun bila harga minyak dunia naik, harga minyak pengguna juga naik, bila turun, kemungkinan harga minyak pengguna akan naik juga.
Jadi tinggalah nasib kita selebih teruk dari nasib mentimun dengan durian, bergolek pun luka digelek pun luka, dah luka dihumban pula ke bumi dari atas Menara KLCC (bila gaji kakitangan awam diumumkan tak naik), berkecai ke bawah, tiada rupa! Begitukah agaknya nasib kita nanti?
No comments:
Post a Comment