Adakah Khir sebenarnya takut pada Zakaria?
Terbayang difikiran saya besar kemungkinan perkara ini dibenar.
Saya biasa mendengar yang ADUN Pelabuhan Kelang ini, Zakrtia Md Deros yang pernah satu ketika dahulu melempang ADUN DAP YB Sdr Teng Chang Khim di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, adalah seorang yang BRUTAL dan sering menghebah-hebahkan darihal pengaruhnya dengan orang atasan (lebih atas dari Khir lagi, mungkin di tingkat 4 dan 5).
Zakaria kini terjebak dengan skandal ISTANA RM5 juta nya yang dibina di sebelah kawasan rumah kos murah di Pandamaran. Anehnya Majlis Perbandaran Kelang atau MPK tidak berani mengambil tindakan terhadap beliau kerana enggan mengemukakan pelan ISTANA nya itu untuk kelulusan MPK terlebih dahulu. Sehinggalah apabila YDP MPK ditekan oleh pihak akhbar barulah Menteri Besar konon-kononnya meminta laporan dari MPK sedangkan ISTANA itu telah lebih 90% siap!
YB teng telah pun membuat laproan kepada BPR dan Lembaga Hasil Dalam Negeri darihal kekayaan luar biasa Zakaria ini namun seolah disepikan begitu sahaja.
Dan kini muncul pula isu baru. Kerajaan negeri pimpinan Khir dilaporkan telah memberi persetujuan untuk melantik Zakaria, anak lelakinya Zainuri dan menantunya Roslinda Abdul Jamil sebagai ahli Majlis Perbandaran Kelang yang baru.
Sungguhpun banyak pihak telah menyuarakan darihal ketidaksesuaian perlantikan yang melibatkan kaum keluarga seumpama ini namun Khir seolah memekakkan telinganya dan terus melantik juga. Apabila ditanya pemberita mengapa demikian, Khir menjawab:
Asalkan mereka tidak menyalah-gunakan kedudukan mereka, tak mengapa
Sebelum ini MPK melalui arahan kerajaan negeri pernah melantik anak beranak Spekaer Dewan, Onn Ismail (Pengerusi Tetap Umno) sebagai ahli majlis MPK iaitu anak perempuannya Nor Hayati, bekas suaminya Suffian dan menantunya Faizal Abdullah.
Bagi saya ini adalah bukti betapa kuat dan berpengaruhnya Zakaria sehingga MB pun tak mampu mengahalang kemahuannya, atau MB sendiri cari makan kerana mahukan bantuan dari pengaruh Zakaria, entahlah.
Yang jelas rugi adalah negeri Selangor, yang jelas malu adalah bangsa Melayu kerana pimpinan mereka sungguh longgar dan tidak memperdulikan pandangan orang-ramai.
Kepada Khir: Selamat Hari Raya: berani kerana benar, takut kerana salah.
No comments:
Post a Comment