The Emperor has no clothes!
Konflik Tun Dr Mahathir – Dollah Badawi semakin meruncing.
Pertemuan dua mata yang kononnya bakal meleraikan kekusutan yang ada serta mempertautkan kembali hubungan antara kedua-dua tokoh besar Umno dan negara itu ternyata gagal.
Konflik Tun Dr Mahathir – Dollah Badawi semakin meruncing.
Pertemuan dua mata yang kononnya bakal meleraikan kekusutan yang ada serta mempertautkan kembali hubungan antara kedua-dua tokoh besar Umno dan negara itu ternyata gagal.
Tidak sampai 24 jam pertemuan tersebut sebagaimana semua ketahui Tun telah melepaskan semula serangan bertubi-tubinya terhadap Dollah. Dollah tidak menjawab sehinggalah selepas 48 jam. Dan hari ini dalam akhbar-akhbar tempatan, jurucakap-jurucakap Dollah (meminjam kata-kata almarhum Ustaz Fadzil: terompet-terompet mereka) pula masing-masing melancarakan peluru scud mereka terhadap Tun.
MB Kedah Mahadzir Khalid (anak Kedah senegeri dengan Tun) mendesak agar Tun melepaskan semua jawatannya sebagai Penasihat di aganesi-agensi kerajaan termasuklah Proton dan Petronas. Kata beliau:
Jika Tun hendak lanyak kerajaan juga, eloklah lepaskan semua jawatan itu dan jadilah individu bebas yang tidak ada kena-mengena dengan kerajaan, barulah betul. Jika tidak, apa gunanya jadi penasihat.
Tambah beliau:
Saya rasa orang Kedah sendiri pun malu dengan tindakan Tun dan akan hilang rasa hormat kepada dia.
Sementara itu ahli Exco Pemuda Umno yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu Mohd Sabri Alwi pula mendesak agar Tun keluar sahaja dari Umno sekiranya mahu terus mengkritik Dollah (lebih kurang sama bunyinya dengan kenyataan Nazri Aziz sebelum ini)
Nampaknya jurucakap-jurucakap Dollah semakin berani dan vokal. Pastilah siapa yang paling berani menunjukkan ketaat-setiaannya, sebagaimana dalam sejarah Melayu purba, maka dialah yang akan paling banyak memperolehi ganjaran oleh Raja.
Zainuddin Maidin, tidak mahu ketinggalan dengan mengatakan bahawa ungkapan MELAYU MUDAH LUPA yang dipopularkan oleh Tun semasa beliau PM dahulu kini terpercik ke muka Tun sendiri. (Ada seorang bekas pemberita akhbar saluran perdana memaklumkan saya siang tadi bahawa jika tidak kerana Tun, jangan haraplah Zam dapat duduk atas kerusi empok seorang Menteri.)
Saya sebenarnya tidak terkejut dengan reaksi para pemimpin Umno ini, isu samada teguran dan kritikkan Tun itu berasas ataupun tidak, buat masa ini tak penting bagi mereka. Yang penting adalah hari ini Dollah adalah PM, maka dialah yang patut disanjung dan dijunjung (walaupun pada hakikatnya dia mengenakan kain sarong yang koyak rabak!) Mereka masing-masing memperolehi keduduakn dan kuasa dengan kuncinya dipegang oleh Dollah, maka Dollah lah yang betul!
Teringat saya pada kisah kanak-kanak The Empeors New Clothes karangan Hans Chirstian Andersen (1837), Maharaja yang ditipu oleh seorang penjahit yang kononnya telah menjahit pakaian yang paling istimewa untuknya. Sebenarnya penjahit itu memperbodohkan Maharaja yang bongkak itu, dan Maharaja pula tidak mahu mengakui yang ia sebenarnya bodoh. Lalu apabila Maharaja memanggil para pembesarnya untuk melihat pakaian barunya itu, semua pembesar mengakui ia cantik dan istemewa walaupun hakikatnya Maharaja tidak berbaju dan berbogel lantaran dibohogi penjahit tadi.
Para pembesar itu terpaksa berlakon kerana takut lantaran kedudukan masing-masing untuk menuduh Maharaja sebenarnya bodoh.
Saya tidak bermaksud menuduh sesiapa bodoh tetapi kesimpulan kisah ini tadi, apabila Maharaja itu berarak sekeling pekan dalam keadaan berbogel, seluruh rakyat terpegun namun tak siapa berani menegur kerana bimbang akan kedudukan masing-masing sehinggalah seorang kanak-kanak pintar dikalangan mereka berkata:
But he has nothing on!
Selepas itu barulah riuh satu Negara bersorak bahawa Maharaja sebenarnya tidak berpakaian dan berbogel dikhalayak ramai.
Jangan sampai kita dalam keadaan demikian, atau apakah kita telah pun berkeadaan demikian?
No comments:
Post a Comment