Monday, October 09, 2006

Putera Rempit tunjuk belang

Di Jalan Damansara Indah seorang Mat Rempit mati ditikam manakala tiga lagi cedera dalam pergaduhan antara sesame Mat Rempit. Di Baling, dua pelajar maut sementara dua lagi cedera apabila motorsikal yang mereka naiki bertembung dalam satu kejadian lumba haramam. Dan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras lebih 300 Mat Rempit termasuk 11 pembonceng wanita ditahan polis dalam satu operasi cegah lumba haram.



Semuanya berlaku di malam bulan Ramadhan, malam yang sepatutnya dipertingkatkan amal ibadat. Kalau di bulan yang mulia seumpama Ramadhan pun mereka terus mengamalkan budaya hedonisma yang melampau ini, bayangkan di bulan-bulan lain.

Apa komen Ketua Trafik Bukit Aman, SACII Puan Nooryah Md Anvar:

Mat-mat Rempit ini tidak menghiraukan peraturan serta undang-undang jalan-raya disamping tidak bertimbang rasa dengan orang lain malah mereka sengaja cuba menunjuk-nunjuk kemahiran sendiri.

Kita memandang serius kegiatan yang tidak bermoral ini kerana ia boleh membahayakan pengguna yang lain sedangkan jalanraya adalah untuk kegunaan bersama. Jelas Mat Rempit ini adalah anasir pencetus huru-hara dan berpotensi mengancam keselamatan rakyat awam.

Budaya Mat Rempit ini saya percaya lahir dari tekanan jiwa anak-anak muda yang cenderung mengamalkan percampuran bebas yang memiliki akhlak dan moral yang longgar. Mereka mudah terdorong oleh nafsu dan tuntutan kawan-kawan yang kesemuanya berfikiran singkat dan tidak memiliki pegangan dan didikan agama yang kuat (jika ada asas agama mereka tidak akan menyetan di malam bulan Ramadhan seumpama ini).

Tindakan mereka sesungguhnya mencabar undang-undang namun mereka meraih nimat dari perlakuan sedemikian rupa.

Dalam pada itu akhbar THE STAR semalam melaporkan seramai 3,800 orang Mat Rempit bawah umur 25 tahun akan menyertai Putera Umno. Ini merupakan jumlah dari 10,00 orang Mat Rempit yang telah didekati sayap Pemuda Umno itu sekitar Lembah Kelang. Menurut Pengerusi Putera Abdul Azeez, gerakannya telah mendekati antara 30 ke 40,000 Mat Rempit seluruh Negara untuk diserapkan ke dalam Putera.

Saya tidak pasti adakah Azeez meraih nikmat mengambil Mat-mat Rempit ini, kerana pasti mereka ini bukannya memerlukan keahlian dalam Putera untuk dipulihkan, tetapi mereka perlu dinyahkan dari jalan-jalan raya dan lebuhraya. Mereka perlu diinsafkan bahawa tindakan mereka selama ini salah dari segi undang-undang. Betul bukan semua Mat Rempit itu gangster atau penagih dadah tetapi asalkan mereka Mat Rempit maka mereka menyalahi undang-udang Negara.

Saya tidak tahu apa muslihat Azeez tetapi yang jelas ianya tidak digemari banyak pihak malah kalau kita lihat pendedahan RTM dan TV3 semalam, jelas inisiatif Azeez ini tidak popular sebagaimana yang ia sangkakan.

Kata Azeez lagi:

In a general election, the mat rempit could help to put up posters and banners for the party.
(Dalam pilihanraya nanti Mat Rempit ini akan membantu menaikkan poster dan kain rentang parti)

Bayangkan jentera BN dan Umno yang didokong dan diskong oleh Mat-mat Rempit! Selamatkanlah agama, bangsa dan Negara kita dari malapetaka ini.

No comments: