MB tidak tahu apa yang dicakapnya
Terbukti MB Selangor Khir Toyo tidak cekap dan HANDS ON dalam banyak perkara yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri. Beliau gagal menangani isu ISTANA Zakaria Md Deros dengan meyakinkan sehingga Tuanku Sultan terpaksa campurtangan dan MT Umno pun dikhabarkan bercadang membincangkannya.
Dalam kes ahli-ahli majlis yang gagal menjelaskan cukai taksiran dan memohon kelulusan pihak PBT sebelum membina atau melakukan penambahan ke atas bangunan masing-masing yang sedia ada, Khir sekadar menasihatkan mereka agar segera mematuhi dan menjelaskan apa yang patutu jika tidak kerajaan negeri akan ambil tindakan. Tidakkah kegagalan atau keenganan ini mereka sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan, lalu mengapa nasihat-nasihat lagi? Kalau terkena atas rakyat jelata, cepat sahaja tindakan diambil tanpa belas kasihan, mengapa ahli-ahli majlis diberi keistimewaan?
Dan yang terbaru Khir dikatakan telah membuat cadangan agar undang-undang kerajaan tempatan dipinda agar membenarkan kerajaan negeri melantik para profesyional sebagai ahli-ahli majlis PBT.
Nampak hebat cadangan Khir itu, tetapi rupa-rupanya cadangannya itu telah pun lama diperuntukkan dalam undang-undang tersebut. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Ting, seksyen 10 (2) akta berkenaan jelas memberikan keizinan kepada kerajaan negeri untuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan berpengalaman di dalam urusan majlis tempatan atau cemerlang sebagai profesyional di dalam bidang perdagangan dan perindustrian atau berkelayakan mewakili kepentingan masyarakat tempatan, sebagai seorang ahli majlis PBT.
Dalam erti kata lain, Khir yang telah 6 tahun duduk di kerusi MB rupanya tak tahu menahu (atau tak diberitahu oleh para penasihatnya) bahawa peruntukkan itu telah pun sedia ada sekian lama dalam akta kerajaan tempatan. Lalu apahalnya MB satu-satunya Negeri Maju di Malaysia membuat pula cadangan terhadap perkara yang memang telah ada?
Pening dan kusut masai dibuatnya. Sesungguhnya demikianlah pentadbiran kerajaan negeri di bawah Khir sebenarnya. Khir lebih bernafsu untuk membuat facial sempena Hari Raya agar kelihatan manis, menawan dan ceria dari mengambil tahu hal dan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Hari ini satu negara memperkatakan darihal skandal ISTANA Zakaria dan kelemahan urusan PBT Selangor, tetapi Khir sibuk bermandikan cahaya flash jurukamera agar menekap wajahnya yang semakin bercahaya itu (sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan)! Kasihan anak-anak Selangor.
No comments:
Post a Comment