Monday, November 06, 2006

Dollah tolak cadangan Tuanku

Tuanku Sultan Johor memang dikenali sebagai raja yang tidak mudah dipatahkan khasnya oleh orang-orang politik. Baginda memang STRAIGHT FORWARD dan sering sikap Baginda itu mencetuskan banyak masalah kepada orang-orang politik.



Kalau kita masih ingat semasa Tuanku menjadi Yang Dipertuan Agung satu ketika dahulu sejurus selepas solat hari raya, Tuanku telah bertitah menerusi siaran langsung RTM minta supaya Musa Hitam (yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri) cium tangannya dan memohon maaf.

Baru-baru ini Tuanku terus mencetuskan kontroversi apabila meminta supaya Tun Dr Mahathir jangan campurtangan dalam urusan kerajaan kerana menurutnya Tu telah pun pencen. Titah Tuanku itu difahamkan sungguh mempersonakan pihak PM Abdullah Badawi sehinggakan ia menjadi mainan media saluran perdana untuk menyerang Tun.

Tiba-tiba Sabtu lepas, giliran Abdullah pula untuk menerima sergahan dari tuanku yang juga disiarkan secara langsung oleh TV. Titah Tuanku:

Causeway tu, bukakan ... baru negri Johor ni maju

Semua yang menonton TV pada hari ini dapat melihat dan mendengar betapa titah Tuanku itu disambut dengan tepuk-sorak mereka yang hadir. Menurut Tuanku lagi apabila Tambak Johor itu dirobohkan barulah kapal-kapa laut boleh lalu-lalang di Selat Johor sehingga menbawa kemajuan kepada negeri Tuanku itu.

Tidakkah apabila Tun Dr Mahathir melancarkan pembinaan Jambatan Bengkoknya dahulu, salah satu tujuannya adalah untuk mengizinkan laluan air menerusi Selat Tebrau itu. Kerana itulah Singapura enggan bekerjasama, tetapi malangnya sebahagian besar pimpinan Negara hari ini akur dengan Singapura.

Kini Tuanku pun berkongsi setuju malah menitahkan agar ianya dirobohkan.

Dari Pakistan, PM menjawab (sebagaimana dilaporkan oleh THE STAR hari ini):

Its obvious that ships will be able to pass through the Johor Straits if the Causeway is removed. But we are concentrating on developing South Johor into a quality trade and investment centre.

Memang jelas yang kapal-kapal akan dapat melalui Selat Johor sekiranya Tambak Johor dirobohkan. Tetapi buat masa ini kita memberi tumpuan kepada membangunka Johor Selatan sebagai pusat pelaburan berkualiti.

Ringkasnya Dollah terima pandangan Tuanku (dan mungkin juga Tun) tetapi buat masa ini beliau tidak berminat melakukannya. Oleh itu mohon maaf Tuanku, memanda Perdana Menteri tidak dapat melaksanakan titah Tuanku itu, beliau ada keutamaan lain.

No comments: