Wednesday, November 08, 2006

Rafidah dan Tun:
Habis madu sepah diterajang


Bila Tun mengumukan mahu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN pada Perhimpunan Umno 23 Jun kira-kira 4 tahun lalu, antara yang pertama meluru ke arahnya adalah Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz.

UTUSAN ketika itu melaporkan:



Semasa itu, seluruh perwakilan dalam Dewan Merdeka terpaku dan tersentak, dan serentak itu suasana kecoh berlaku dalam dewan itu - para perwakilan tidak bergerak dari Dewan Merdeka.

Datuk Seri Rafidah Aziz - orang pertama yang menerpa ke arah Dr. Mahathir di rostrum sambil berkata: (mengapa)... (tak boleh buat macam ni).

Dalam keadaan kelam kabut itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyambar mikrofon secara spontan dari tempat duduknya dan berkata: kita tidak boleh terima ini, kita minta Datuk Seri tarik balik.

Abdullah mengumumkan bahawa anggota Majlis Tertinggi sebulat suara menolak hasrat Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Dalam peristiwa yang disaksikan secara langsung oleh seluruh rakyat Malaysia (sebelum siarannya diputuskan), Dr. Mahathir menjawab: (tidak, tidak saya telah buat keputusan) dah lama dah.

Serentak itu, Datuk Hishammuddin Hussein turut meluru ke rostrum sambil menangis memegang bahu Dr. Mahathir dan kesemua ahli MT menyerbu dan mengelilingi Perdana Menteri.


Dr. Mahathir yang dikerumuni oleh para anggota MT, kelihatan sebak, menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah sebagai tanda beliau tidak mahu berganjak dengan keputusannya.

Suasana ketika itu sungguh tegang - para perwakilan menjerit-jerit minta beliau menarik balik keputusannya - tidak mempercayai apa yang berlaku.

Itu Rafidah 4 tahun yang lalu, tetapi hari ini air mata Rafidah dah kering. Rafidh dah tak sedih dan sebak lagi kerana Dr Mahathir pun bukan PM lagi dan Rafidah sudah ada boss baru. Boss baru pula tak berapa kisah akan karenah dan penyelewengan yang dilakukannya.



Lalu kerana itu dalam akhbar THE STAR hari ini di muka 23 dengan selamba dan bongkak Rafidah menyatakan, sebagaimana terdapat pada tajuk muka tersebut:

Forget about Mahathir

Kata Rafidah bila ditanya berkenaan usaha memulihkan hubungan Tun dengan PM:

But if you ask me I would say forget it because he (Tun) not only attacked the party and the government but also talked about the PM needing to be replaced and that cannot be tolerated. He has crossed the line.

Kalau ditanya saya, saya akan mengatakan lupakan sahaja kerana beliau (Tun) bukan hanya telah menyerang parti (umno) dan kerajaan malah telah juga menuntut agar PM yang ada digantikan. Itu tidak dapat diterima. Beliau telah melampaui batas.

Marah sungguh Rafidah pada Tun sehinggakan seolah segala isu AP dan masalah yang dihadapi oleh industri kereta motor tempatan akibat kerakusan beliau menjadi tidak relevan. Yang pentingnya Tun yang bersalah. Dalam isu Ap Rafidah berkata:

Saya tidak akan memaafkan Tun terhadap segala fitnahnya terhadap saya.

Benarkah segala yang berkenaan isu AP yang dibangkitkan termasuk oleh Perhimpunan Umno yang lalu itu semuanya fitnah belaka?

Apa pun Rafidah berjaya menonggengkan isu ini dan kelihatan sekarang CULPRIT nya adalah Tun dan bukan beliau. Tun memfitnah, lebih baik beliau dibunuh dari difitnah kata Rafidah. Hebat sungguh Ketua Serikandi Umno ini, agaknya sebab itulah Presiden Umno begitu saying dan memerlukan beliaus ehingga beliau kini kelihatan begitu kebal dan tidak boleh diusik.

Saya tak pasti tapi ada yang beritahu saya bahawa ketika meluru ke arah Tun dalam persitiwa tahun 2002 itu, tumit tinggi kasut Rafidah dikatakan telah patah. Begitu sekali sayangnya pada Tun ketika itu. Tapi itu dahulu, sekarang bagi Rafidah Tun sudah tidak berharga lagi malah barangkali lebih hina dari tumit kasutnya yang patah itu.

No comments: