Wednesday, November 08, 2006

Zakaria terus ditelanjangkan, Selangor terus gelap

Semalam beliau disoal-siasat selama lebih 5 jam di Pejabat BPR Selangor, hari ini akhbar THE SUN mendedahkan kemungkaran lain pula yang melibatkan beliau.

Zakaria adalah Presiden Persatuan Badminton Selangor ataupun SBA yang memiliki bangunan di Kg Attap di Kuala Lumpur.

Menurut laporan SBA menerima peruntukkan sebanyak R200,000.00 dari Kementerian Belia dan Sukan pada 29 September tahun lalu untuk mengubahsuai bangunannya di Kg Attap itu.

Walaubagaimanapun sehingga kini ianya tidak dapat dijalankan kerana berlaku pertelingkahan dalaman oleh kerana ada dikalangan ahli-ahli majlis SBA yang dikhabarkan enggan menuruti prosedur dan peraturan untuk melalui proses tender terbuka bagi kerja-kerja berkenaan.



Apa nak dihairankan, kalau membina ISTANA pun tidak menuruti prosedur dan undang-undang, ini kan pula nak belanja sekadar RM200,000!?!

Menurut akhbar itu lagi ekoran penangguhan projek tersebut pihak SBA tidak dapat memperolehi pendapatan yang memuaskan oleh kerana gelanggang badminton dan kemudahannya yang tidak sempurna, yang mengakibatkan baka-bakal pelanggannya memilih untuk mengunjungi gelanggang-gelanggang lain.

Menurut laporan akhbar itu lagi pihak majlis SBA sebenarnya telah pun memanggil tender terbuka dengan penyertaan tujuh buah syarikat kontraktor. Melalui sebuah syarikta jururunding, SBA telah pun menerima nasihat berkenaan syarikat yang sepatutunya disenarai pendekkan. Malah dua buah syarikat telah dikenal-pasti.

Akan tetapi menurut seorang ahli majlisnya, apabila laporan jururunding itu dibawa ke mesyuarat penuh majlis, Zakaria selaku Presiden telah meminta agar laporan itu diserahkan kepadanya dengan mengatakan dia sendiri yang akan memilih syarikat yang berjaya.

Sehingga kini tiada keputusan dibuat dan SBA terus menanggung kerugian!

Kenapa Zakaria tidak membenarkan majlis SBA memutuskan syarikat mana yang sepatutunya dipilih? Mengapa Zakaria pula yang membawa pulang laporan dan membuat keputusan di luar majlis? Tidakkah ada kemungkinan Zakaria berunding dengan syarikat-syarikat itu dan tidakkah ini nanti mencetuskan unsure rasuah dan salah-guna kuasa?

Saya bimbang kerana itu baru kerusi Presiden SBA. Sebelum ini saya ada menulis berkenaan kedudukan Zakaria sebagai Pengeru Jawatankuas Tanah di PKNS. Apa pula agaknya yang berlaku di PKNS di bawah tangan Zakaria? Harus diingati bahawa PKNS itu dipengerusikan oleh MB Selangor, tidakkah jika berlaku penyelewengan maka MB juga nanti perlu dipertanggungjawabkan?

Saya kira BPR tidak harus menghadkan siasatan mereka sekdar pada isu ISTANA dan DZ Satay House itu sahaja. Seluruh kedudukan dan jawatan Zakaria perlu disiasat sekali.

Dalam akhbar hari ini juga dilaporkan yang YDP MPK diarahkan oleh kerajaan negeri untuk menyaring dan menyiasat latar-belakang kewangan yang membabitkan semua ahli-ahli majlisnya. Mengapa kerajaaj negeri arhkan MPK sahaja? Mengapa tidak arahan yang sama dikeluarkan kepada semua PBT seluruh Selangor? Mengapa tidak juga dikeluarkan kepada semua ADUN dan EXCO termasuk MB sendiri?

Semakin hari semkain perlu nampaknya Selangor ini melalui transformasi kepimpinan, dan ini hanya boleh dilakukan melalui tangan rakyat. Lalu jangan bertangguh lagi apabila tiba masanya nanti.

No comments: