Zakaria diserkup BPR
Tiada berita yang lebih mengembirakan hari ini selain membaca laporan yang ADUN Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros telah disoal-siasat selama lebih 5 jam di Pejabat Badan Pencegah Rasuah Selangor, di Shah Alam semalam.
Adalah difahamkan antara isu yang disiasat adalah berkenaan kes salahguna kuasa yang membabitkan pembinaan ISTANA nya di Kg. Idaman, Pandamaran serta isu komplek DZ Satay House miliknya, yang didirikan secara haram atas tanah milik kerajaan.
BPR dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga difahamkan sedang mengesan asetnya dan menyiasat bagaimana beliau memperolehi kekayaan yang luar biasa.
Mudah-mudahan penyiasatan ini akan membawa kepada pendakwaan di mahkamah terbuka dan akhirnya penghukumansekeras-kerasnya sekiranya yang didakwa itu didapati bersalahlah. Biar rakyat dapat melihat keadilan berlaku terhadap mereka yang menjawat jawatan tetapi bertindak rakus dan tidak amanah.
Dalam hal ini saya mengucapkan syabas kepada pihak media khasnya akhbar berbahasa Cina dan akhbar Inggeris THE SUN terutama kepada Timbalan Pengarangnya R. Nadeswaran (Ctitizen Nades), rakan-rakan media alternatif terutama Malaysiakini dan tidak lupa parti-parti politik pembangkang yang telah membuat demonstrasi dan laporan polis berhubung kes ini.
Syabas juga kepada Ketua Pembangkang Selangor YB Teng Chang Khim yang merupakan antara yang paling awal membongkar isu ini, Dato Dr Hasan Ali, YB Ng (DAP Sekinchan) yang bersama YB Teng dan para penduduk Kelang yang telah berdemonstrasi secara aman di hadapan ISTANA RM8juta itu pada hari dan waktu Zakaria mengadap Tuanku Sultan di istana.
Demikianlah hakikatnya, hanya apabila rakyat bangkit melalui semua saluran yang ada barulah pihak kerajaan terkial-kial mahu mengambil tindakan. Bayangkan sekiranya semua ini tidak berlaku, dan kemungkaran Zakaria berlalu begitu sahaja. Pasti kemungkaran akan bermaharajalela dan rakyat terus tertindas.
Syabas rakyat Malaysia, rakyat Selangor, lihat betapa kuatnya kuasa anda. Oleh itu janganlah ianya dipersiakan, apabila tiba masanya nanti untuk membuat keputusan maka pastikanlah saki-baki kemungkaran ini dilenyapkan terus dari kehidupan kita. Sesungguhnya banyak lagi kes-kes kemungkaran ini yang masih belum ditangani sebagaimana kes Zakaria ini.
Berani kerana benar.
No comments:
Post a Comment