Bukan para pemerhati dan penganalisa sahaja malah masyarakat kebanyakkan, semuanya rata-rata seolah tidak percaya yang tokoh sebesar Tun Dr M, boleh tewas dalam pertandingan bagi kerusi G7 dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu baru-baru ini.
Terbaru sebagaimana terbit dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Naib Presiden Umno yang juga bekas Menteri Kewangan Tengku Tan Sri Razaleih Hamzah turut melahirkan terperanjatnya di atas kekalahan Tun itu. Kata Ku Li bagi tokoh sebesar Tun yang telah banyak menabur jasa kepada bangsa dan negara hampir mustahil untuk beliau ditolak begitu sahaja oleh para perwakilan. Tambahan beliau memimpin Umno di Kubang Pasu selama lebih 30 tahun.
Tambah Ku Li lagi beliau percaya pasti ada sesuatu usaha di belakang tabir yang telah mengakibatkan Tun kalah. Kerana katanya orang Melayu biasanya tidak mudah melupakan jasa sesemikian rupa.
Ku Li bagi saya adalah tokoh yang layak memberikan komen kerana beliau pernah mencabar Tun pada tahun 1987 dahlu dan malah dalam pemilihan Umno yang lepas beliau pernah berusaha untuk mencabar Dollah Badawi, tetapi terhalang dari memperolehi pencalonan yang mencukupi.
Ada diantara pengulas yang mengaitkan kekalahan Tun ini sebagai setimpal dengan apa yang pernah Tun lakukan terhadap individu dan kumpulan tertentu semasa beliau berkuasa dahulu. Atas hal tersebut kita mengakui bahawa rekod kepimpinan Tun memang tidaklah bebas dari cacat dan cela tetapi kita perlu adil dalam ulasan kita.
Isunya di sini adalah pembongkaran dan pendedahan Tun tentang penyelewengan dan salah-guna kuasa Dollah dan anak-anaknya. Dollah adalah PM yang berkuasa pada hari ini. Kiranya kita lebih ghairah memukul dan membalun Tun kita kelihatan seolah melepaskan puaka besar yang lebih besar mudaratnya kepada masyarakat dan negara.
Tun perlu bertanggungjawab di atas kesilapan dan kekurangannya semasa beliau PM dahulu tetapi hari ini Tun bukan PM lagi dan mustahil akan kembali sebagai PM. Oleh itu yang perlu diberi perhatian adalah pembongkaran dan pendedahan beliau itu. Jika ia benar dan berasas maka kita perlu bangun dan bertindak melalui proses demokrasi, bukannya mencantas Tun lalu menghiburkan mereka yang mencetuskan malapetaka itu.
Syabas Ku Li kerana berani berkata benar dan mempertahankan hak dan keadilan semua pihak. Kita perlukan ramai tokoh dan pemimpin Melayu yang sebegini, bukannya yang tewas dengan RM200 (lebih murah dari harga seekor kambing, kata seorang pengulas di BLOG ini).
No comments:
Post a Comment