Monday, September 25, 2006

Hidup berjiran dengan Harry Lee

Saya berjiran dengan Mr X selama berpuluh-puluh tahun. Kami saling kenal-mengenali ringkasnya hubungan kami dikira hubungan jiran yang baik.

Lalu apabila Mr X melakukan sesuatu yang menyinggung hati, perasaan dan ketenteraman saya pastilah saya segera menyatakan dan menzahirkan ketidakpuasan-hati saya itu terus kepada beliau. Kalau anak-anaknya membuat bising yang terlampau saya akan maklumkan kepada beliau, kalau keretanya menghadang jalan masuk ke rumah saya terus saya akan beritahu beliau demikianlah sebaliknya.



Minggu lepas bekas PM Singapura (jiran kita di Selatan) Harry Lee Kuan Yew Menteri Mentor dalam kabinet anaknya Lee Hsien Loong telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung kita selaku jirannya. Harry dilaporkan sebagai berkata dalam sebuah majlis forum IMF:

Our neighbours both have problems with their Chinese. They are successful. They are hard working and therefore they are systemically marginalized. Indonesia and Malaysia want Singapore, to put it simply, to be like their Chinese: compliant

Kenyataan beliau itu kelihatan seolah mahu menghasut keharmonian hubungan antara kaum di Malaysia. Ianya sangat tidak bertanggungjawab tambahan dikeluarkan oleh jiran kita yang pernah duduk bersama-sama kita dalam Persekutuan Malaysia satu ketika dahulu.

Yang mahu saya ketengahkan di sini adalah reaksi PM kita terhadap kenyataan Harry itu.Menurut NST semalam Dollah dilaporkan sebagai berkata:

I will write a letter to him. I want him to explain his statement.
(Saya akan mengirim surat kepada beliau. Saya akan minta beliau memberikan penjelasan)

Apakah tidak ada teknologi komunikasi yang lain di Putrajaya? Saya percaya Dollah boleh mengangkat telefon atau handphone nya dan menelefon direct Harry sebagaimana dilakukan oleh pemimpin Negara-negara lain apabila timbul masalah seumpama ini. Kita sering dengar apabila timbul konflik contohnya Presiden AS akan menghubungi terus mana-mana ketua Negara berkenaan melalui telefon.

Responnya spontan dan pasti akan mendapt reaksi spontan juga.

Tetapi PM kita memilih untuk mengirim surat (Snail Mail!).

Bayangkan kalau saya tersinggung dengan Mr X kerana sampah yang dibuangnya di hadapan rumah masuk ke kawasan rumah saya, lalu saya mengirim surat menyatakan ketidapuasan hati saya. Apa agaknya reaksi Mr X?

Bagi saya Harry Lee akan lebih besar kepala dan mungkin tidak memperdulikan pun surat Dollah itu.

No comments: