Surat Dollah belum dikirim-kirim lagi
Sdr AC dalam ruangan komen BLOG ini bertanya sudahkah Dollah mengirim suratnya kepada Lee Kuan Yew? Kerana sebelum ini Dollah mendakwa akan meminta penjelasan dari bekas PM Negara tersebut berhubung kenyataannya yang menyinggung perasaan rakyat di Negara kita.
Dalam UTUSAN sejak satu dua hari ini, tokoh-tokoh Umno khasnya dari Johor masing-masing mengkritik dan menyerang pemimpin Singapura itu sehingga ada yang mencadangkan agar semua projek antara dua Negara yang hanya menguntungkan Singapura dibatalkan.
Marah sungguh rakan-rakan kita dari Umno terhadap Kuan Yew walaupun sejarah menunjukkan yang Presiden Umno ketika itu (tahun 1965) lah yang telah menyerahkan Singapura yang asalnya merupakan sebahagian dari Negara kita kepada si Kuan Yew itu.
Tak mengapalah, saya bukan mahu bercerita hal sejarah di sini. Saya sekadar mahu menjawab pertanyaan AC. Akhbar UTUSAN menyiarkan:
Ditanya bila surat penjelasan itu (dari PM Malaysia ke Harry Lee) akan dihantar Najib berkata, ia akan dihantar tidak lama lagi.
Rupa-rupanya belum hantar lagi surat berkenaan. Tak tahulah PM kita nak tunggu ilham apa lagi, rakyat terbakar marah, tetapi PM masih mengambil masanya, taking his own (usual) sweet time, dan belum pun hantar lagi surat berkenaan.
Saya rasa dengan sikap rakyat Malaysia yang tersinggung dan keciwa dengan keculaparan mulut si Kuan Yew itu Dollah sepatutnya bersemangat sikit dan segera mengirim surat itu (walaupun saya masih lagi hairan kenapa beliau tak boleh call sahaja Kuan Yew dan nyatakan pandangan kita semua). Ini baru betul-betul SNAIL MAIL!
No comments:
Post a Comment