Segala-galanya bermula dengan ucapan beliau di Universiti Regensburg sempena lawatannya ke Jerman baru-baru ini. Pope Benedict XVI yang merupakan Ketua Agama Kristian Katholik dunia telah berucap di universiti berkenaan atas tajuk:
Faith, reason and the university: Memories and reflections
Di dalam ucapannya itu Joseph Ratzinger (nama sebenar Benedict) telah memetik beberapa petikan dialog antara Maharaja Bizantin Manuel II dengan seorang cendiakawan Parsi berkenaan Islam dan agama Kristian pada tahun 1391 (kerajaan Kristian Bizantin ketika itu berpusat di Ankara, Turki)
The Hitler Youth who became Pope
Di dalam dialog tersebut Maharaja berkenaan berhujah berkenaan struktur keimanan berdasarkan Quran dan Bible termasuklah tentang hukum Jihad dalam Islam. Kata Maharaja tersebut:
Show me just what Muhammad brought that was new, and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.
Tunjukkan pada ku apa sahaja yang baru yang dibawa oleh Muhammad (pasti di sana) kamu akan dapati segala yang jahat dan tidak berperikemanusiaan, umpamanya arahan beliau untuk menyibarkan agamanya melalui mata pedang
Kemudiannya Ratzinger telah menyatakan:
But for Muslim teaching, God is absolutely transcendent. His will is not bound up with any of our categories, even that of rationality.
Di dalam ajaran Islam Tuhan lah segala-galanya. Kehendak Tuhan tidak terikat dengan mana-mana kategori kita (Kristian), walaupun berhubung sesuatu yang rasional.
Saya sempat membaca teks penuh ucapan Ratzinger itu. Dan terbaru saya mendengar pula kenyataan dari Vatican bahawa ucapan Ratzinger itu kononnya telah disalah anggap. Bagi saya Ratzinger memang bermaksud mahu menunjukkan prejudisnya kepada Islam, cuma beliau bijak dengan memetik ucapan pemimpin silam sebagai asas dan kemudian menyelitkan pandangan dan ulasan beliau.
Pada dasarnya semua pihak bebas untuk berucap dan mengeluarkan pandangan. Tetapi bagi seorang Ketua Agama, pastilah kiranya pandangan atau ucapannya itu menyinggung mana-mana agama atau kepercayaan lain, maka beliau perlu bertanggungjawab. Melainkan Ratzinger selaku Ketua Agama memang berhasrat mahu menimbulkan ketegangan dan huru-hara antara agama.
Jika Pope Jahn Paul II dahulu begitu toleran dan bersikap terbuka dengan dunia Islam, Ratzinger dilihat membawa satu pendekatan yang berbeza, yang nampaknya tidak menjanjikan sesuatu yang mantap bagi hubungan antara agama diperingkat global.
Malah ini bukan kali pertama Ratzinger bersikap sedemikian. Pernah semasa zaman Pope John Paul II dahulu, Ratzinger dilaporkan pernah membantah usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah atas alasan Turki memiliki budaya yang sama-sekali berbeda dan sebarang langkah ke arah itu akan hanya menentang arus sejarah peradaban dunia.
Pernah pada tahun 1996 beliau menulis bahawa Islam kelihatan sukar menyesuaikan dirinya dengan arus kemodenan dunia.
Kita tidak bermusuh dengan rakan-rakan kita yang beragama Kristian, mereka perlu menyedari penentangan kita adalah terhadap kenyataan Ratzinger itu. Sebagai seorang tokoh dunia Ratzinger harus menginsafi kesalahan beliau dan segera memohon maaf, jika tidak ianya pasti meninggalkan kesan yang negatif terhadap hubungan antara agama di mana-mana sahaja di dunia.
Semasa Ratzinger dinobatkan sebagai Pope menggantikan John Paul II dahulu, ada pihak tertentu menyibarkan maklumat bahawa Ratzinger semasa mudanya pernah menyertai Hitler Youth ketika zaman Nazi (Ratzinger berasal dari Jerman). Tetapi tidak ada mana-mana golongan Islam yang telah mengeksploitasi perkara itu demi kerana hormatnya kita terhadap agama Kristian dan memikirkan beliau sebagai pengganti John Paul II.
Oleh itu diharapkan Ratzinger janganlah berterusan bersikap memusuhi Islam, kerana padahnya nanti pasti tidak akan menguntungkan beliau dan hubungan baik Islam dan Kristian.
No comments:
Post a Comment