Pemimpin Umno hari ini wira esok PARIAH?
Semasa mengadakan sidang akhbar pada hari Isnin lepas bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah mneyatakan bahawa terdapat usaha untuk mem PARIAH kan beliau dari dalam Umno.
Menurut kamus Inggeris isitlah PARIAH yang merupakan kelas kasta paling bawah di India bermaksud exile (orang buangan) ataupun outsider (orang luar). Ringkasnya seorang yang hina, hodoh dan tidak diperlulkan.
Demikianlah pada anggapan Tun.
Sedangkan 4 tahun lalu Tun merupakan ikon Negara dan Umno. Tun lah segala-segalanya, ke hulu, ke hilir disanjung dan dijulang Tun. Ke mana sahaja Tun pergi dan berada ketika itu, beliau akan disambut dan dikerumuni. Tidak kurang yang berasak dan berebut-rebut untuk memeluk dan mencium tangan beliau.
Ketika itu Tun masih Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Apakah benar Umno terutama ahli dan pimpinannya hari ini mem PARIAH kan Tun?
Semalam di Dewan Rakyat semasa sessi soal jawab ahli Parlimen Tumpat yang juga Setiausaha Agung PAS, Dato Kamaruddin Jaafar telah menyatakan bahawa nama KLIA itu dikira tidak sesuai untuk lapangan terbang kita memandangkan ia bukannya terletak di KL. Beliau bertanya mengapa KLIA tidak boleh dinamakan kepada bekas PM yang telah memberikan sumbangan besar ke atas pembinaan lapangan terbang tersebut.

Mengapa KLIA tidak boleh dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Tun Dr Mahathir kerana Negara-negara lain biasanya menamakan bangunan-bangunan besar dan penting mereka berdasarkan nama para ikon mereka.
Mungkinkah ahli parlimen tersebut bermaksud mahu mengacah ahli-ahli dewan Umno dan BN atau memang sungguh merasakan layak KLIA dinamakan sempena nama Tun, tidaklah diketahui. Yang jelasnya cadangan beliau itu telah menerima sorakkan dan BOO dari wakil-wakil parti kerajaan. Seolah mengeashkan memang Tun kini dianggap PARIAH oleh mereka!
Sehinggakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari MIC S.Subramaniam kelihatan tidak selesa dan menganggap cadangan wakil Tumpat itu sebagai memiliki HIDDEN AGENDA?!
Wakil Jerai dari Umno pula menganggap wakil Tumpat tidak ikhla dalam memberikan cadangan itu.
Soalnya mengapa PHOBIA sangat pada Tun ini? Kalau orang PAS atau Keadilan atau DAP yang benci dan mengkritik Tun memang padanlah sangat kerana Tun merupakan musuh politik mereka sepajang beliau sebagai PM. Tapi Umno?
Cepat sungguh mereka melupakan jasa insan yang pernah mereka sendiri iktiraf dan sanjung itu. Kalau beginilah sikap pimpinan Umno, saya pasti masa depan parti itu sungguh kelam dan berbahaya buat siapa sahaja pemimpin yang berada di atas, termasuklah Dollah Badawi sendiri.
Hari ini dikira wira dan juara, hilang sahaja kuasa maka terus dicap PARIAH dan diterajang bagaikan sampah yang hina

No comments:
Post a Comment