Wednesday, September 20, 2006

Coup de Tat di Thailand

Saya kira semua kita maklum darihal rampasan kuasa tentera yang telah berlaku di Negara jiran kita di Utara iaitu Thailand malam tadi. Ianya berlaku ketika PM Thaksin berada di New York bagi mengikuti Persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

Pihak tentera yang diketuai Ketua Terus Angkatan Tentera Negara tersebut Jeneral Sondi Boonyaratkalin (seorang Muslim) telah mengisytiharkan penguatkuasaan undang-undang tentera dengan menggantung Perlembagaan, Parlimen, Kabinet dan salah satu mahkamah tertinggi Thailand.



Sementara itu Thaksin pula turut mengisytiharkan darurat dari siaran khas TV dan radio dari New York (yang telah dipotong siarannya separuh jalan) dan juga mengisytiharkan pemecatan Sondi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera.

Saya mengikuti CNN pagi tadi dan seorang bekas Senator memaklumkan bahawa rakyat Thai memang tidak suka pada campurtangan tentera (rampasan kuasa tentera yang terakhir berlaku kira-kira 15 tahu lalu) namun demikian dalam hal menggulingkan Thaksin ini mereka menerimanya, kerana Thaksin seolah mahu mengekalakan kuasa dalam keadaan dibenci dan ditolak rakyat.

Thaksin telah memanggil pilihanraya pada bulan April lepas atas desakan rakyat jelata yang mula bangkit mencabar kepimpinan beliau kerana dikatakan terlibat dengan rasuah, salah-guna kuasa. Pilihnaraya tersebut dipulaukan oleh pihak pembangkang dan akhirnya mahkamah telah mengisytiharkan pilihnaraya itu tidak sah.

Thaiksin kini cuma PM sementara (caretaker) dan Parlimen pun tidak dapat berfungsi akibatnya.

Setakat ini tidak diketahu apakah nasib Thaksin. Tetapi jika benar yang Jeneral Sondi memiliki hubungan rapat dengan Istana Thai, berkemungkinan masa depan Thaksin gelap. Kata Sondi rampasan kuasa ini hanyalah sementara dan kuasa akan diserahkan kembali kepada rakyat.

Thaksin juga sebelum ini telah mengambil pendekatan yang tidak popular dalam menangani kemelut persengketaan golongan Islam di Selatan Thai. Thaksin enggan berunding dengan kumpulan-kumpulan Islam malah mengambil langkah yang keras terhadap kebangkitanb Islam di sana. Umat Islam tidak boleh lupa akan apa yang telah berlaku di Masjid Krisik dan Takbai dimana darah mereka yang tidak berdosa telah ditumpahkan akibat kerakusan Thaksin itu.

Kita berdoa semoga perkembangan ini akan menjanjikan suatu penyelsaian yang lebih baik untuk saudara-sauadara kita di Selatan Thai itu.

No comments: