Wednesday, September 06, 2006

57% umat Islam Malaysia mahu Hudud

Akhbar THE SUN hari ini melaporkan keputusan kaji-selidik yang telah diuruskan oleh Merdeka Centre untuk Institut Asia dan Eropah Universiti Malaya.



Kaji-selidik tersebut dibuat untuk mengukur pandangan umat Islam di Semenanjung Malaysia berhubung isu-isu berkenaan Islam dan pemahaman terhadapnya di Malaysia. Banyaklah perkara-perkara yang telah dikaji dan diberikan penekanan. Kaji-selidik tersebut melibatkan 1,029 orang responden.

Apa yang menarik bagi saya adalah keputusan berkenaan penerimaan terhadap Hukum Hudud dikalangan reponden tersebut. Menurut kaji-selidik itu seramai 57% mahukan Hukum Hudud dilaksanakan Dengan 60% mengatakan yang maysrakat bukan Islam sepatutnya tidak tertakluk kepada hokum ini.

Bagi saya ini menunjukkan umat Islam kini semakin memahami tuntutan agama mereka. Ini adalah perkembangan yang baik untuk Islam tambahan saya percaya dengan becambahnya maslah sosial, jenayah dan maksiat yang kelihatan semakin tidak terkawal telah menginsafkan ramai pihak bahawa telah tiba masanya untuk kita kembali kepada penyelesaian secara Islam.

Soal bagaimana ianya dilaksanakan adalah soal kedua yang juga penting dan memerlukan kajian dan penyelidikan agar ianya benar-benar dilihat lancar dan semata-mata untuk memberikan keadilan. Tetapi kini yang pentingnya adalah kesediaan dan keinsafan kita untuk menerima Islam secara keseluruhan sebagaimana yang telah diajarkan kepada kita oleh Rasulullah saw.

No comments: