Saya terganggu membaca laporan akhbar tentang keputusan sebuah Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur semalam.
Kes yang dibicarakan adalah kes mencabul kehormatan. Mangasanya adalah seorang anak kecil yang berusia empat tahun enam bulan (semasa kejadian). Majistret telah mensabitkan kesalahan menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua dari hukuman itu.
Sipenjenayah berusia 18 tahun.
Malangnya Majistret Nor Aziati sekadar menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan denda RM1,000.00.
Menurut fakta kes sebagaimana dilaporkan UTUSAN keterangan kanak-kanak tersebut tidak dapat dirakamkan kerana mangsa mengalami trauma ekoran kejadian itu.
Mengapa majistret tidak menjatuhkan hukuman yang lebih berat? Apakah mahkamah telah memberikan keadilan dengan hanya memenjarakan si penjenayah selama 1 bulan dan denda RM1,000 sedangkan si mangsa terpaksa hidup dalam keadaan trauma dan takut sepanjang usianya.
Saya menyangkakan majistret wanita akan terlebih sensitif dalam kes-kes seumpama ini dan apabila telah sabit kesalahan septutunya melindungi si mangsa, rupanya tidak. Si binatang buas tadi, yang walaupun baru berusia 18 tahun nanti saya yakin akan keluar dari penjara dengan perangai dan keinginan yang lebih buas lagi melainkan beliau diajar kesan dari perbuatan terkutuk beliau itu.
Demikianlah keadilan sistem perundangan kita.
No comments:
Post a Comment