Monday, September 11, 2006

Islam Hadhari Terengganu Bestari mahu dhidupkan NIGHTLIFE di negeri itu

Semasa kempen Pilihanraya Umum 2004 lalu, Umno Terengganu telah melancarkan slogan ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI bagi menghadapi PAS yang ketika itu memerintah Terengganu. Islam yang PAS mahu laksanakan di Terengganu dituduh mereka kolot dan membawa kemunduran kepada rakyat Terengganu.

Akhirnya sebagaimana yang kita semua tahu kerajaan PAS di Terengganu berjaya ditumbangkan. Lalu naiklah pemimpin-pemimpin baru di Terengganu yang diterajui Umno yang kononnya mendukung kosep ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI ini yang dikatakan lebih baik dan advance dari Islam yang mahu dibawa PAS.

Dalam akhbar THE STAR hari ini dilaporkan bahawa kerajaan negeri ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI pimpinan Umno mahu mengembalikan kehidupan malam ataupun NIGHTLIFE di Terengganu.



Selama ini kononnya Terengganu dikatakan sebagai SLEEPY HOLLOW ataupun lengang di sebelah malam. Kononnya anak-anak muda tidak ada tempat untuk menghabiskan masa mereka lalu akibatnya melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral. Untuk itu kerajaan negeri berhasrat menghidupkan suasana malam di Terengganu.

Kalau kerajaan PAS dahulu membatalkan lesen pusat-pusat hiburan umpama pub, disko, karaoke dan lain-lain, maka kerajaan Islam Hadhari Umno di Terengganu kini mahu membenarkan kembali operasi aktiviti-aktiviti ini.

Maka selepas ini Terengganu akan hidup malamnya dengan pub, disko dan karoke yang akan dilesenkan oleh kerajaan negeri. Apabila beroperasi pusat-pusat hiburan ini amak anak-anak muda Terengganu akan dapat menghabiskan masa mereka di sana dan dalam waktu yang sama para pelancong akan membanjiri Terengganu maka majulah negeri Terengganu.

Lihat betapa FLEXIBLE nya kerajaan ISLAM HADHARI. Kalau nak berhibur, lesen pusat hiburan boleh dibenarkan. Agakanya bila pula mahu dibuka kembali premis judi yang ditutup oleh kerajaan PAS dahulu!

Cuba kita perhatikan dua dari ciri-ciri masyarakat ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI yang mahu dilahirkan oleh Umno Terengganu itu:

Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur - Negeri yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun (Surah Saba: Ayat 15). Negeri yang maju dalam bidang industri, yang mapan ekonominya, rendah kadar kemiskinannya, terbina usahawan tempatannya, tinggi produktivitinya.

Keluarga yang sihat, dinamik, cergas dan mampu melahirkan insan yang bersih rohani dan jasmaninya. Keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai agama dalam semua aspek kehidupan.

Segala-galanya terserahlah kepada rakyat Terengganu. Kalau inilah yang dimahukan, inilah yang dicita-citakan iaitu masjid pun boleh pub dan disko pun OK, maka teruslah mengibarkan panji-panji Umno dan BN selama-lamanya.

No comments: