Saturday, September 23, 2006

Kuan Yew cerminkan wajah anda dahulu

Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew baru-baru ini dalam sebuah majlis forum di Negara Pulau tersebut telah dipetik oleh Reuters sebagai berkata:

Our neighbours both have problems with their Chinese. They are successful. They are hard working and therefore they are systemically marginalized. Indonesia and Malaysia want Singapore, to put it simply, to be like their Chinese: compliant



Kedua-dua jiran kita mempunyai masalah dengan penduduk berbangsa Cina mereka. Mereka (kaum Cina) ini berjaya. Mereka ini bekerja kuat dan oleh kerana itu mereka telah dipinggirkan secara terancang. Malaysia dan Indonesia mahu melihat Singapura juga sebagaimana kaum Cina mereka mengikut telunjuk mereka.

Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak menganggap kenyataan Lee itu yang juga kini Menteri Kanan Singapura, sebagai nakal manakala semalam Presiden Gerakan Dr Lim Keng Yaik dan Timbalannya Dr Koh Tsu Koon serta Dr Tan Seng Giaw dari DAP masing-masing mengkritik pandangan Lee itu melalui Buletin Utama TV3 yang mereka anggap sebagai tidak berasas.

Sejak berpisah dari Malaysia pada tahun 1965 Lee Kuan Yew tidak pernah lekang dari mengkritik dan memandang rendah keupayaan Malaysia. Begitulah perangai Lee yang memang menanggap rakyatnya sebagai SUPERIOR lebih dari kaum dan bangsa lain.

Saya pada asalnya tidak berminat untuk memberikan komen kerana sewajarnya masyarakat Cina Malaysialah yang paling layak menangkisnya. Tetapi apabila terbaca kenyataan bekas PM Tun Dr Mahathir, saya tertarik dan tidak mahu ketinggalan untuk terus mengulas.

Kata Tun dalam akhbar THE STAR hari ini:

Why are Malays in the republic marginalized and why do they have very little status? Moreover the disparity in per capita income between the Chinese and the Malay is also wide. This should be probed instead of him (Kuan Yew) pointing fingers at Singapores neighbors.

Mengapa masyarakat Melayu di republik tersebut dipinggirkan dan mengapa mereka seolah tiada status? Tambahan jurang pendapatan per kapita antara masyarakat Melayu dan Cina terlalu besar. Ini yang sepatutnya disiasat oleh beliau (Kuan Yew) dan bukannya menuding jari kepada jiran-jirannya.

Benar. Kita akui bahawa di Malaysia rakyat berbilang kaum dapat hidup dengan bebas dan bebas mengejar kemahuan dan cita-cita masing-masing. Adalah satu dua kerat yang tidak berpuas-hati sana dan sini tetapi rata-rata masyarakat berbilang kaum dapat hidup harmonis tanpa merasakan tersisih atau terpinggir.

Sahabat kita yang berbangsa Cina dan India ada yang menjadi Menteri penuh (dengan portfolio yang kanan) ada yang menjadi Ketua Menteri dan ahli-ahli EXCO (malah di negeri majority Melayu, Kelantan pun ada ahli EXCO dari kaum Cina).

Sehinggakan barisan pembangkang kita di Parlimen pun berbilang kaum dan agama!

Masyarakat Melayu ada yang mewah dan memiliki harta yang hebat-hebat, namun begitu juga kaum India dan Cina. Sebagaimana ada masyarakat Melayu yang miskin ada juga kaum Cina dan India yang demikian.

Tetapi di Singapura?

Menteri Melayu sekadar memegang portfolio yang tidak penting. Di Malaysia ada juga Jeneral dan pegawai kanan Polis dari kaum India dan Cina, di Singapura? Kalau tak silap semasa PM Singapura berkhidmat dalam Angkatan Tentera Singapura dahulu beliau pernah menyatakan bahawa anggota tentera berbangsa Melayu di Singapura tidak boleh naik melebihi pangkat tertentu dan malah juruterbang jet pejuang Singapura pun dihadkan buat bangsa tertentu (kerana kononnya bimbang mereka ini nanti berpaling tadah kalau berlaku konflik dengan Negara jiran)!

Saya rasa masyarakat Cina di Malaysia hidup selesa (walaupun ada DEB dan hak Bumiputera) tidak sebagaimana masyarakat Melayu di Singapura dan itu suatu fakta yang tidak dapat disangkal. Kali terkahir saya ke Singapura dahulu orang Melayu Singapura yang saya boleh nampak di Orchard Road sekadar yang memegang penyapu menyapu tempat awam.

Oleh itu sebelum bapa PM Singapura itu ghairah mahu menyentuh hal ehwal Malaysia, lebih baik beliau cerminkan wajahnya terlebih dahulu. Masyarakat Malaysia tidak perlukan komen perkauman dari beliau yang pernah bertanggungjawab memisahkan Malaysia dengan Negara Pulau itu.

No comments: