Monday, September 11, 2006

Seekor kuman di negeri China Dollah dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidungnya tiada disedari

Demikianlah peribahasa yang dapat saya fikirkan apabila melihat gelagat Perdana Menteri Dollah Badawi.

Baru-baru ini didedahkan tentang senarai nama-nama baru tahanan Amerika Syarikat yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Guantanamo Bay di Cuba. Antara senarai itu terdapat dua orang rakyat Malaysia iaitu Lilie @ Mohammed Nazir Lep dan Mohd. Farik Amin atau Zubair dan kedua-duanya dikatakan terlibat dalam aktiviti keganasan yang ada kaitan dengan al-Qaeda.



Hari ini kalau dibaca akhbar UTUSAN Dollah dilaporkan sebagai berkata:

Mereka mesti diberi keadilan mengikut proses undang-undang

UTUSAN melaporkan bahawa Dollah telah mengarahkan Menteri Luar, Syed Hamid Albar supaya mengarahkan (berapa kali arah daa!!!) Duta Malaysia di Washington menghubungi pihak berkuasa negara itu bagi memastikan kedua-duanya tahanan warga Malaysia itu diberikan keadilan.

Bersusah payah nampaknya Dollah berjuang menuntut keadilan untuk anak-anak bangsanya. Maklumlah berita tersebut dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa, lalu takkanlah PM Malaysia tidak memberi sebarang reaksi. Dan barangkali demi menjaga imejnya sebagai negarawan berstatus antarabangsa maka Dolah pun mengeluarkanlah kenyataan menuntut keadilan itu.

Pasti peminat-peminatnya yang ramai dalam Negara akan kagum sehingga terlopong-lopong mulut masing-masing, menyaksikan hebatnya pemimpin nombor satu mereka.

Hebat Pak Lah, berani menuntut keadilan dari Amerika!

Sebenarnya hebat Pak Lah itu sebab terpkasa memberikan reaksi, takut dicap penakut dan lemahSesungguhnya apa yang dikenakan ke atas dua warga Malaysia itu setaraf hakikatnya dengan apa yang dikenakan oleh warga Malaysia juga (berpuluh-puluh bilangannya) yang merengkok dipenjara tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting yang dikendalikan oleh Kementeria Keselmatan Dalam Negeri, yang menterinya adalah Pak Lah sendiri!

Dalam Negara Pak Lah mengunakan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas anak-anak bangsanya kerana kononnya terlibat dengan pelbagai jenayah dan sabotaj. Sedangkan tak seorang pun dari mereka sehingga kini didakwa di mahkamah terbuka. Dalam erti kata lain mereka tidak memperolehi keadilan dalam Negara mereka sendiri dan tiba-tiba Pak Lah nak menuntut keadilan pula dari AS.

Jangan begitu, nanti kemek dan memek hidung dipenyek oleh gajah yang sudah pasti berat itu.

Kita sedih meilhat keadaan ini. Apa Pak Lah tak pernah fikirkankah nasib dan kebajikan isteri-isteri dan anak-anak mereka ini yang dipisahkan secara zalim atas arahan beliau itu (dimulakan dizaman Tun DM dan disambung oleh Pak Lah)? Kini bulan Ramadhan semakin menghampiri kita, atas dasar kemanusiaan Pak Lah sepatutnya lebih berani dan membebaskan sahaja tahanan-tahanan yang beliau tahan secara zalim di Kamunting itu atau dakwa mereka di mahkamah terbuka.

Jika tidak selama-lamanyalah Pak Lah akan dianggap tidak jauh bezanya dari Bush yang tidak berperikemanusiaan itu.

Cumanya Bush hidungnya mancung, sayang Pak Lah hidung walaupun tampak mancung, hakikatnya kemek kerana ditindan gajah yang beliau tak sedari itu.

No comments: