Siswa/i di kampus mengundi minggu ini
Seluruh IPTA akan mengadakan pilihnaraya Majlis Perwakilan Pelajar masing-masing pada minggu ini.
Menteri Pengajian Tinggi dilaporkan oleh UTUSAN sebagai berkata bahawa beliau yakin dengan kemampuan universiti awam tempatan mengurus pilihan raya kampus sesi 2006/07 tanpa perlu pemantauan pihak luar termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Mudah-mudahan ianya dpat dikendalikan dengan telus, adil dan bebas oleh pihak universiti. Apa yang penting para pelajar perlulah bebas keluar dan mengundi sesiapa sahaja yang mereka rasakan layak dan mampu memimpin mereka.
Sesunggunya di sinilah para pelajar kita yang berada di Menara Gading akan diuji kemampuan dan keupayaan mereka. Pamirkanlah kematangan dan kedewasaan adik-adik. Meminjam senikata lagu M. Nasir :
Lihat dunia dari mata burung, jangan lihat dari bawah tempurung
Dunia di kampus bukan semata-mata menelaah dan mengikuti aktiviti yang dimaktubkan dalam kurikulum. Adik-adik perlu meninjau dan memadankan ilmu yang diperolehi di sana dengan nasib dan keadaan rakyat dan masyarakat di luar. Kerana alam kampus hanyalah sementara, dunia yang sebenar adalah diluar sini.
Masalahnya jika dalam kampus pun mereka seolah terdesak, takut-takut dan tidak bebas mengundi mengikut pilihan masing-masing, maka mereka kelak akan keluar memegang budaya itu maka demikianlah juga jadinya nanti suasana di luar ini, dicorakkan oleh budaya terdesak, takut-takut dan tidak ebas itu.
Beranilah membuat pendirian. Adik-adik semua adalah harapan dan masa depan Negara. Berfikirlah secara kritikal dan bukan emosional.
Teringat saya di kampus dahulu, Azalina Othman turut membantu memenangkan saya ketika bertanding di ITM Shah Alam (sekarang UiTM) dahulu.
No comments:
Post a Comment