Monday, September 18, 2006

Cempedak tetap cempedak walaupun rupanya seakan nangka

UTUSAN MALAYSIA hari ini membawa tajuk SAYA TAK HILANG KAWALAN. Manakala tajuk besar THE STAR pula berbunyi: PM, Im in control.

Demikianlah reaksi PM Dollah Badawi dari Havana, Cuba.



Soalnya mengapa tiba-tiba Dollah perlu menyatakan pada dunia bahawa beliau IN CONTROL? Setahu saya tidak pernah mana-mana PM Malaysia sebelum ini terpaksa meyakinkan orang-ramai sampai keperingkat itu kerana semata-mata mahu menyatakan bahawa beliau itu IN CONTROL.

Tak silap saya semasa Almarhum YTM Tunku dahulu pun, ketika berhadapan dengan Peristiwa Ketegangan Kaum 13 Mei, 1969 pun tak merasakan perlu meyakinkan masyarakat bahawa beliau IN CONTROL. Tiba-tiba Dollah terdesak menyatakan demikian.

Beliau memberikan reaksi begitu berikutan kenyataan ahli Parlimen Kota Bharu Zaid Ibrahim yang mempertikaikan bahwa PM yang baru ini tidak melakukan apa-apa perubahan sejak berkuasa. Malah ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah turut menyuarakan sentimen yang sama ketika berucap di Parlimen baru-baru ini.

Itu tak termasuk krtikikkan yang disampaikan oleh bekas PM Tun Dr M.

Malah sebenarnya, kebanyakkan rakyat Malaysia samada yang terlibat dalam sektor korporat mahupun peniaga dan orang kebanyakkan rata-rata melihat PM kita adalah antara yang terlemah jika dibandingkan dengan PM-PM yang lain. Saya difahamkan adik seorang Menteri Kanan Umno pun menyuarakan perkara yang sama terhadap Dollah.

Bermakna sentimen rakyat jelata rata-rata sama, dan barangkali merasakan bahang itulah maka Dollah terpanggil untuk mengisytiharkan bahawa beliau sesungguhnya masih IN CONTROL!

Ketidayakinan ini mungkin tercetus ekoran beberapa insiden yang melihatkan Dollah seolah lemah dan tidak berupaya. Antaranya pertelagahan secara terbuka antara sesama Menteri kabinet. Kini terbaru Menteri dengan Timbalan Menteri pun berbeza pandangan. Dan selain itu kerajaan seolah berlepas tangan membiarkan kenaikkan kos hidup menimpa rakyat. Minyak naik, tariff letrik naik, harga barangan keperluan naik, jenayah semakin meningkat, rasuah terus berleluasa.

Mustahil kalau PM itu benar-benar IN CONTROL perkara ini dibiarkan berlaku?

Itulah agaknya puncanya. Kerana itu walaupun berada nun jauh di Havana, PM terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa beliau IN CONTROL. Mungkinkah ada pihak dalam Umno yang mahu merampas CONTROL PM itu?

Apa pun bagi saya cempedak tetap cempedak walaupun rupanya seakan nagka.

No comments: