Guan Eng akur dengan Kuan Yew?
Isu ini seharusnya jangan dilihat dari skop perkauman semata-mata, walaupun itulah yang Kuan Yew inginkan. Sepatutnya rakyat Malaysia bangun mengkritik dan menentang kenyataan biadap Kuan Yew itu kerana beliau seolah mahu campur tangan dan mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum di Malaysia yang walaupun tidak ideal tetapi jauh lebih baik dari tempat-tempat lain termasuk di Singapura sendiri.
Kuan Yew mahu menunjukkan kepada dunia bahawa beliau dan kerajaan anak beliaulah yang terbaik dirantau ini. Di Malaysia, di Indonesia warga keturunan Cina dipinggirkan, didiskriminasi. Hidup susah dan merempat.
Kita tak tahulah di Indonesia bagaimana, tetapi di Malaysia saya merasakan kenyataan itu bohong dan sangat jahat.
Baru-baru ini kita mendengar parti Gerakan dan MCA masing-masing menolak dakwaan Kuan Yew itu. Cuma yang saya sedikit gusr adalah apabila DAP melalui Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, yang tidak mengkritik Kuan Yew tetapi sebaliknya bersetuju bahawa masyarakat Cina, India dan bumiputera di Sabah dan Sarawak serta sebahagian orang Melayu yang miskin memang terpinggir dan tersisih.
Malah yang lebih malang lagi Guan Eng turut mengkritik reaksi bekas PM Tun Dr Mahahtir terhadap kenyataan Kuan Yew itu apabila Tun mencabar Kuan Yew dengan mengatakan:
Mengapa masyarakat Melayu di republik tersebut dipinggirkan dan mengapa mereka seolah tiada status? Tambahan jurang pendapatan per kapita antara masyarakat Melayu dan Cina terlalu besar. Ini yang sepatutnya disiasat oleh beliau (Kuan Yew) dan bukannya menuding jari kepada jiran-jirannya.
Lalu Guan Eng menyatakan:
Then they should not be adopting the hypocritic allegations Mahathir in asking how many Malays are holding top positions in the Singapore government. Mahathir has no right to practice double-standards ask these questions when there are no Chinese holding top positions in armed forces or police. There is not even a non-Malay Vice-Chancellor in a public university or a Mayor in any Malaysian city.
Mengapa Guan Eng memilih untuk menyerang semua pihak dan memperakui dakwaan Kuan Yew itu?
Saya kira dalam hal ini kita sepatutnya bertindak rasional dan mengenepikan sentimen politik dan kaum serta mempertahankan maruah Negara yang cuba dicalarkan oleh Kuan Yew yang celupar itu. Kalau DAP mahu membangkitkan isu peminggiran kaum Cina, maka forum yang sesuai adalah di Parlimen. Tetapi apabila Setiausaha Agung DAP dalam hal ini memilih untuk bersetuju dengan bekas Presiden PAP itu secara terbuka saya merasakan Guan Eng juga telah jatuh ke dalam perangkap Kuan Yew yang memang mahu melihat isu ini dibesar-besarkan sehingga mencetuskan ketegangan sesama kita.
Isu peminggiran atau MARGINALISATION yang cuba dicetuskan oleh Kuan Yew itu tidak boleh disamakan dengan isu kemiskinan.
Dalam hal kemiskinan kita akui kerajaan Umno BN masih gagal membela nasib rakyatnya bukan hanya dikalangan masyarakat Cina tetapi lebih ramai lagi masyarakat Melayu, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang terbabit.
Tetapi isu peminggiran yang Kuan Yew maksudkan itu seolah menggambarkan masyarakat Cina adalah masyarakat kelas kedua dalam Negara yang mana saya anggap tidak benar sama-sekali. Yang sebenarnya masyarakat kelas kedua adalah Melayu Singapura!
Guan Eng cuba mengeruhkan suasana dengan memberikan peluru kepada Kuan Yew dengan menyatakan bahawa:
There are no Chinese holding top positions in armed forces or police. There is not even a non-Malay Vice-Chancellor in a public university or a Mayor in any Malaysian city.
Saya tidak faham mengapa Guan Eng membangkitkan hal itu sedangkan keanggotaan masyarakat Cina sebagaimana kita tahu sangat sedikit di dalam angkatan tentera dan polis. Namun dengan itupun kita pernah mendengar anak-anak Malaysia dari keturunan Cina yang pernah menjadi pegawai kanan Polis antaranya Dato Seri Yuen Yuet Leng, Datuk Henry Chin.
Kita mungkin tidak ada Naib Canselor dari kalangan masyarakat Cina tetapi di IPTS bagaimana?
Dan kenyataan beliau bahawa tidak ada seorang pun Datuk Bandar dikalangan masyarakat Cina di Malaysia itu ternyata meleset. Siapakah Datuk Bandar Kuching Selatan yang pertama jika tidak Datuk Song Swee Guan. Dan Datuk Bandarnya yang terbaru yang baru sahaja dilantik adalah Chong Ted Siung. Apakah Guan Eng mengira Song dan Chong ini anak-anak Melayu juga?
Bagi saya apabila Negara jiran menyerang dan memburukkan kita, sewajarnya kita berpadu tenaga menangkisnya tambahan apabila pertuduhannya begitu jahat dan sengaja mahu mencetuskan sengketa.
Guan Eng perlu menyemak semula kenayataannya, jika tidak masyarakat Malaysia kelak bukan sekadar akan menyerang Kuan Yew dan Singapura tetapi beliau dan partinya sekali turut menempah maut.
No comments:
Post a Comment