Wednesday, September 20, 2006

Bila Bush dan Dollah benar-benar bertemu (ini bukan cubaan)

Apabila saya mengambil sedikit masa untuk berjenaka di BLOG ini melalui ruangan bahasa Inggeris saya FOR WHATEVER ITS WORTH (23), ramai yang terhibur dan tidak kurang juga yang berasa tidak senang hati.

It was meant to be a joke, saya minta maaf kalau ada yang berasa tersinggung. Saya sendiri sebenarnya mahu menghidupkan BLOG saya ini dengan berbagai rencah dan citarasa, supaya tidak kelihatan terlalu berat semata-mata.



Yang itu jenaka tetapi kalau kita baca dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini darihal perjumpaan sebenar Bush dan PM Dollah Badawi, sebagaimana kata Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok:

Ini bukan cubaan ini betul-betul ….

Kata Dollah sebagaimana di laporkan oleh THE STAR:

We had a RANCAK discussion

Tetapi apabila ditanya apakah reaksi Bush terhadap dua tahanan Malaysia di Guantanamo Bay, Cuba, Dollah berkata:

I did not manage to raise the subject (saya tidak sempat membangkitkan perkara tersebut)

Mungkin kerana terlalu RANCAK sehingga Dollah terlupa, tak tahulah.

Saya menyangka kiranya isu ini dapat di bangkitkan maka Dollah akan menyedarkan Bush bahawa bukan tahanan Malaysia sahaja malah semua tahanan yang kesemuanya beragama Islam itu sepatutunya dibicarakan di mahkamah terbuka atau bebaskan sahaja mereka.

Mengapa mereka dirantai dan diperlakukan bagai haiwan sedangkan mereka tidak pernah didakwa dan dibawa ke mahkamah.

Tapi apa nak dikatakan, Dollah mendakwa beliau tidak sempat membangkitkannya, jadi tinggallah mereka yang berkenaan di sana dan menjelang Ramadhan ini akan meyambut ketibaan bulan Allah ini terus-menerus dalam keadaan demikian.

Kemudian mengenai isu Palestin Dollah mengatakan (sebagaimana dipetik dari THE STAR) bahawa:

Efforts must be made to form a united government which truly represented the people there. (Usaha mestilah dilakukan untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang benar-benar mewakili rakyat di sana)

Apakah kerajaan HAMAS yang dipilih sendiri oleh rakyat Palestin dalam proses pilihanraya yang dipantau oleh Barat itu masih tidak mewakili rakyat Palestin? Mengapa kita mesti ikut pentafsiran Barat? Mengapa kita tidak boleh memberitahu mereka bahwa langka pertama yang harus dilakukan adalah bagi Barat mengiktiraf PM Ismail Haneyeh dari HAMAS sebagaimana mereka pernah mengiktiraf PM Fatah sebelum ini yang kini telah ditolak oleh rakyat Palestin.

Bila ada pihak mengatakan Dollah lemah dan tidak tegas, ada orang yang marah-marah dan tidak setuju. Lalu apakah isitlah lain yang dapat kita berikan kepada beliau berdasarkan apa yang benar-benar berlaku antara Busah dan beliau ini?

Bagi saya perjumpaan 55 minit (sebagaimana dilaporkan oleh kebanyakkkan akhbar tempatan, kenapa tak cukupkan 5 minit lagi jadi 1 jam?) itu sebenarnya gagal dan tiada hasil kecuali mendengar khutbah dari Bush tentang apa yang mahu beliau lihat PM kita lakukan.

No comments: