Monday, June 12, 2006

Antara Kali dan Mullah

Semalam dalam ruangannya di NST Ketua Editor akhbar milik Umno itu Kalimullah Hassan mengadu tersinggung dengan kenyataan Tun Dr Mahathir akhir-akhir ini terhadap beliau.



Beliau mendakwa kenyataan dan serangan Tun terhadap beliau kini sungguh peribadi dan menganggu beliau dan keluarganya.

Apabila membaca artikelnya AND WHO REALLY IS DEMONISING WHOM? Saya agak bersimpati juga dengan Kalimullah. Beliau menulis:

At a couple of Press conferences, he joked about my name, saying that the media was controlled by a Hindu God (Kali) and a Muslim priest (Mullah). Some guys thought it was witty and laughed with him.

Dalam beberapa sidang akhbar, beliau mempermaikan nama saya dengan mengatakan bahawa media (hari ini) sebenarnya dikawal oleh dua orang iaitu Tuhan Hindu (KALI) dan seorang ulamak Islam (MULLAH)

Memang kenyataan Tun itu kelihatan sungguh personal, sebagaimana kalau tak silap mereka yang mebantahnya satu ketika dahulu pernah menggelarnya MAHAFIRAUN.

Tetapi mungkin Tun membuat kenyataan itu kerana hakikatnya memang media perdana pada hari ini telah diekakng dan dikawal oleh kuasa tertentu. Tiada lagi kebebasn akhbar.

Ahhh bukankah masa Tun juga begitu?

Mungkin di zaman Tun bukan KALI dan MULLAH nama pengawalnya!

Apa pun saya kira apabila semua akhbar media perdana meletakkan kenyataan Tun yang hangat dan membakar tempoh hari (termasuklah mengatakan Dollah bukanlah calon sebenar untuk menggantikannya sebagai PM) di muka depan akhbar masing-masing, memang terasa seolah bagaikan ada suatu konspirasi sedang disusun oleh pihak-pihak tertentu.

Ternyata esoknya seluruh saluran media perdana bukan sekadar yang bercetak, malah TV dan radio termasuklah NST telah digembelingkan untuk menyerang Tun pula !

Kerana itulah agaknya Tun pula terbakar, sehinggakan nama KALIMULLAH pun dibuat lawak.

Entahlah, tapi untuk pengetahuan KALIMULLAH bagi pihak pembangkang kenyataan seumpama ini sudah biasa. Kerana mereka dikongkong, dikekang, diputar-belit, difitnah dan dimacam-macam lagi oleh akhbar media perdana hampir tiap hari termasuklah (terutamanya) oleh pihak NST, samada di zaman Tun ataupun kini dizaman Dollah, dizaman beliau.

No comments: