Isu 1MDB terus menghantui rakyat Malaysia. Semua kita
mahukan penjelasan, semua kita mahu tahu apakah sebenarnya yang berlaku ke atas
syarikat pelaburan milik kerajaan ini.
Namun ada juga yang “terlajak lebih” mahu menjadi juara isu
ini.
Ahli parlimen PJ Utara Tony Pua konon-kononnya memperagakan
kejantanannya apabila mencabar CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy agar muncuk di
kaca TV secara langsung dengan beliau bagi menjawab beberapa persoalan yang
bermain diminda rakyat sekarang ini.
Ianya bukan debat. Tony mencabar Arul untuk menjawab
beberapa persoalan yang telah beliau sediakan secara langsung untuk ditonton
rakyat Malaysia.
Barangkali Tony yakin Arul akan tergamam dan berkemungkinan
akan gagal menjawab soalan-soalannya, lalu berjayalah ia bogelkan Arul dan 1MDB
di mata jutaan rakyat Malaysia, dan kesimpulannya Tony lah yang muncul juara
dalam isu ini.
Cabaran Tony ini dibuat secara terbuka dan ramai yang maklum
akannya.
Tiba-tiba Arul memberikan persetujuan dan bermulalah episode
“flip flop” Tony Pua.
Walaupun ia bukannya berdebat, perbahasan dan percambahan
minda dua hala, Arul lebih jantan menyatakan kesediannya. Mana tidak, majlis itu
nanti seakan “talk show” ala “Christian Amanpour” di CNN dimana hos yakni Tony
yang akan bertanya dan Arul terpaksa menjawa. Ia forum satu hala.
Cuma Arul memberi syarat, Tony perlulah meletakkan jawatannya
dari menganggotai PAC atau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Waktu ini Tony
merupakan salah eorang dari dua wakil DAP selain Dr Tan Seng Giaw yang duduk
dalam PAC.
Berat sangatkah syarat Arul itu?
DAP punya 38 ahli parlimen dari pelbagai latar belakang
termasuk Tony. Kalau Tony letak jawatan masakan tidak ada yang boleh
menggantikan beliau?
Malah menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, majlis
Tony dan Arul ini penting untuk maklumat rakyat, tiada masalah untuk Tony melepaskan
jawatannya dalam PAC demi kejayaan majlis ini.
Tiba-tiba anak jantan DAP itu patah kebelakang dan
bermulalah sikap “flip flop”nya.
Beliau enggan meletak jawatan. Sudahlah beliau yang mencabar
dan beliau yang menetapkan format majlis, tetapi 1 syarat kecil dari Arul terus
beliau melompat dan kelihatan mahu berdolak-dalik.
Akhirnya Arul menarik balik syarat berkenaan dan bersetuju
mengikut kehendak Tony.
Saya yakin Tony tergamam.
Apabila ada pihak menyeru beliau letak jawatan kerana
menganggap ada konflik apabila beliau juga anggota penyiasat isu 1MDB ini
diperingkat PAC, beliau berkeras tidak akan melakukannya.
Kita menjangkakan sebagai anak jantan Tony akan letak
jawatan dan minta DAP menggantikan tempat beliau dengan tokoh lain. Takkanlah
peguam bersaudara salah seorang antara Ngeh Koo Ham atau Nga Kor Ming tidak
boleh menggantikan tempat beliau di PAC? Apa kurang nya Gobind atau adiknya Ramkarpal
Singh? Apa kurangnya orang nombor satu DAP Lim Guan Eng?
Keenganan ini dilihat lebih sebagai satu alasan untuk
berdalih.
Dan terbaru apabila Speaker Dewan Rakyat memberikan
amarannya terhadap perjalanan majlis ini yang kita difahamkan telah pun
dislotkan pada RTM1 Jumaat ini, Tony semakin “flip flop”.
Dalam akhbar The Star hari ini contohnya menyebut:
“Pua: I’d rather forgo debate than jeopardise probe”
(Pua: Saya lebih sanggup korbankan debat dari menggagalkan
penyiasatan)
Tiba-tiba Tony baru sedar kononnya penyiasatan PAC itu lebih
penting, mengatasi apa sahaja perkara kecil dan yang menganggu penyiasatannya seperti
forum ini. Tetapi bukankah beliau juga yang mencadangkannya dan mencabar Arul
sebelum ini?
Kononnya kerana bimbang jika forum ini berjalan maka Arul
tidak akan dipanggil sebagai saksi sebagaimana dinyatakan Speaker maka Tony “mengorbankan”
cabarannya itu demi penyiasatan PAC.
Terbukit Tony juara “flip flop” Malaysia terbaru!
Dan tidak cukup dengan itu DAP pula mahu menamakan orang
lain menggantikan Tony ke majlis forum itu.
Menurut Ketua Whip DAP Anthony Loke beliau tidak setuju Tony
letak jawatan dan akan mengemukakan nama tokoh DAP menggantikan Tony.
“Flip flop” lagi, bukankah kata Speaker, Arul tidak boleh
diapnggil sebagai saksi jika beliau hadir majlis itu? Anthony mahu cari ganti,
apakah Arul pun perlu diganti?
Demikianlah berserabutnya politik DAP, bukan Tony saja “flip
flop”, partinya juga nampak begitu.
Kita mahukan Arul dan 1MDB malah PM bertanggungjawab dan memberi
penjelasan, tetapi “flip flop” DAP ini menjadikan perkara serius ini satu
sendaan, dari debat jadi forum akhirnya tak jadi sedang isu 1MDB kekal tidak
berjawab.
No comments:
Post a Comment