Saturday, November 21, 2015

Apabila PKR pula undi berkecuali di Pulau Pinang

Dalam sibuk-sibuk pihak tertentu khususnya DAP mengkritik PAS kerana ahli-ahli Dewan Rakyat PAS (kecuali 3 yang ingkar) bersikap berkecuali semasa pengundian Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016) di peringkat dasar baru-baru ini tiba-tiba di Dewan Pulau Pinang lain pula yang berlaku.

Wakil Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad telah mengemukakan usul bahawa semua projek penambakkan tanah di Pulau Pinang perlulah melalui proses bantahan awam sebelum sebarang keputusan atau kelulusan diberikan.

Selain itu usul berkenaan turut menuntut agar agar semua kelulusan berkaitan yang telah diberikan mestilah ditangguhkan serta-merta sehingga satu kajian terperinci mengenai kesan terhadap alam sekitar dan dasar laut dilakukan.

Ternyata Ketua Menteri Lim Guan Eng begitu berang dengan tindakanUmno membawa usul demikian kerana ia merupakan satu cabaran terhadap beberapa projek besar yang telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri.

Walaubagaimanapun usul berkenaan telah ditolak selepas diundi kerana hanya 8 yang menyokong dan 22 menolak sedang 5 lagi berkecuali.

Anehnya salah seorang Adun DAP, Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) yang dikenali sebagai aktivis alam sekitar turut mengundi menyokong usul berkenaan. Beliau bagaimanapun kemudian mendakwa tersilap dan memohon maaf pada kerajaan negeri.

Dan lebih aneh lagi apabila 5 yang berkecuali semuanya dari PKR iaitu Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr T. Jayabalan (Batu Uban) and Dr Norlela Ariffin (Penanti).

Lim menganggap mereka yang berkecuali ini sebagai “memihak kepada Umno”. Dan beliau mendesak Presiden PKR agar "menilai dengan teliti" keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali.

Tak senang duduk nampaknya Lim dalam menghadapi isu ini.

Kelihatan ADUN-ADUN kerajaan pun sudah tidak mula boleh sehaluan dengan beliau terbukti melalui undi berkecuali ini. Saya yakin dan percaya ADUN-ADUN berkenaan bukannya “ditipu” Umno sebagaimana dakwa Lim tetapi masing-masing merasakan perkara yang dibankitkan ada asas dan perlu dipertimbangkan oleh piohak kerajaan.

Salahkah mereka bersetuju dalam isu yang melibatkan pengawalan dan pemeliharaan alam sekitar Pulau Pinang? Kalau Lim menafikan usul berkenaan sekurang-kurangnya beliau perlu bangkit membuktikan bahawa segala amalan yang menepati “standard” anatarabangsa telah dipatuhi dalam kerja-kerja penambakkan tanah di Pulau Pinang.

Tidak perlulah beliau melenting dan menuduh kelima-lima ADUN PKR itu sebagai tali-barut Umno. Mereka bukannya menyokong usul itu mereka berkecuali. Yang menyokong ADUN DAP sendiri!

No comments: