Dalam
sibuk kita memperkatakan darihal pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah yang
ADUN Salor, Datuk Husam Musa lemparkan terhadap PAS termasuk Presiden dan
kerajaan negeri Kelantan, tiba-tiba perhatian saya di bawa ke satu posting yang
dimuat naik oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam portal beritanya Malaysia
Today.
Di
dalam posting tersebut Raja Petra mendakwa:
On another matter, Husam Musa has made all
sorts of allegations against the PAS President, Abdul Hadi Awang. Can Husam
prove that all these allegations are true or does he expect Hadi to prove that
the allegations are false?
If that
is how Husam wants to play the game then we can also allege that a Chinese
gambling towkay is financing his political activities. He also doctored the
Minutes of the Kelantan EXCO meeting that rejected the granting of a timber
concession to the two DAP cousins from Perak. Furthermore, Husam was involved
in negotiating with Tengku Razaleigh Hamzah for him to take over as Prime
Minister.
(Dalam hal yang lain, Husam Musa telah melemparkan pelbagai
tuduhan terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Bolehkah Husam membuktikan
kebenaran kesemua pertuduhannya itu atau adakah beliau mengharapkan Hadi pula (yang
terpaksa) membuktikan samada (pertuduhan Husam itu) benar atau tidak?
Sekiranya begitulah caranya Husam memetik permainannya,
maka kita juga boleh menuduh bahawa seorang taukeh judi berbangsa Cina
merupakan (individu) yang menanggung segala perbelanjaan politiknya. Beliau
(Husam) juga telah menggodam minit mesyuarat EXCO Kelantan yang menolak
penganugerahan konsesi balak kepada dua (pimpinan) DAP bersaudara dari Perak.
Malah Husam terlibat dalam perundingan untuk melantik Tengku Razaleigh
mengambil alih jawatan Perdana Menteri.)
Saya tidak percaya seorang bekas Naib Presiden PAS boleh
membenarkan dirinya dibiayai oleh seorang taukeh judi, apatah lagi pula seorang
seperti Husam yang baik akhlak dan budi pekertinya, anak didik Almarhum Tok
Guru boleh terlibat dalam kerja-kerja menggodam minit mesyuarat EXCO.
Tetapi itu tuduhan Raja Petra, dan ia dimuat naik dalam
portalnya sejak 6 November lalu.
Anehnya Husam membisu seribu bahasa tidak
memberi sebarang ulasan pun sehingga kini.
Raja Petra menyudahi posting beliau itu dengan menyebut:
Over to you, Husam, the ball is
now in your court.
(Sekarang
giliran anda Husam, bola di dalam gelanggang anda)
Raja
Petra seakan mencabar Husam, dan Husam perlu memberikan penjelasan, ya atau
tidak.
Dalam
pertuduhan beliau terhadap Tuan Guru Presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan
saya percaya kedua-dua pihak telah pun membuat penjelasan, barangkali tidaklah
sampai ketahap memuaskan hati Husam yang sememangnya tidak pernah puas-puas
itu.
Tetapi
sekurang-kurangnya mereka telah memberikan respon.
Dalam
kes pertuduhan Raja Petra ini bagaimana?
Takkanlah
kerajaan Kelantan sejak Almarhum Tok Guru yang telah bersusah-payah
mengharamkan aktiviti judi di negeri Serambi Mekah itu akan tetapi ADUN nya senang-senang
menerima duit hasil judi untuk membiaya belanja dan aktiviti politiknya?
Jahatkah
pertuduhan Raja Petra ini atau lebih jahatkah Husam?
Saya
tidak tahu dan saya yakin ramai tidak tahu termasuk para pengundi di Salor. “The
ball is now in your court” Datuk, mohon berikanlah kami penjelasan.
No comments:
Post a Comment