Friday, November 20, 2015

PAS tidak rugi putus hubungan dengan DAP

Sebentar tadi YAB Ustaz Dato MB Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob merasmikan Perayaan 60 tahun PAS Kelantan dalam upacara penuh gemilang di Kota Bharu. Saya sempat mengikuti siarang langsungnya melalui Kelantan TV.

Ustaz Datuk Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS itu telah menyentuh isu hubungan PAS dan DAP yang telah pun putus sejurus selepas Muktamar tempoh hari.

Kata Ustaz Datuk Ahmad tindakan memutuskan hubungan dengan DAP itu tidaklah merugikan PAS, tetapi sebaliknya ia berdiri sebagai satu bukti betapa perjuangan PAS ini teguh berpegang pada prinsip.

Maksudnya pegangan PAS pada prinsip dan dasar perjuangan PAS yakni Islam tidak sekali-kali akan berganjak datang apa sekalipun di hadapan atau di belakangnya.

PAS taat dan bersedia menjalin hubungan dan persahabatan dengan sesiapa sekalipun namun jika kerana hubungan atau persahabatan itu PAS terpaksa menggadaikan atau melenturkan prinsipnya, PAS akan bertegas dan jika terpaksa putus sahabat PAS sanggup demi Islam yang dijunjungnya.

Ketegasan PAS dalam mempertahankan Islam ini sesungguhnya disaksikan dan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam. Memang ada pihak mengatakan yang lantaran putusnya hubungan PAS dengan DAP maka PAS akan kehilangan sokongan masyarakat bukan Islam. Itu terpulangnlah. Namun percayalah sesungguhnya sikap ketegasan itu dalam mempertahankan Islam telah membuka mata umat Islam khasnya majoriti orang-orang Melayu.

Pengkritik mungkin menjangkakan PAS akan hilang sokongan masyarakat bukan Melayu, tetapi tidak pula mengulas rekasi masyarakat majoriti Melayu.

Bagi kita ketegasan itu belum tentu menghakis sokongan masyarakat bukan Melayu sebaliknya mengharapkan mereka juga akan sedar bahawa PAS ini bukan “opportunist” tetapi PAS ikhlas dan komited dalam perjuangannya. PAS bukan benci masyarakat bukan Melayu tetapi membela mereka namun dalam bab prinsip PAS sentiasa tegas.

Manakala masyarakat Melayu pula akan memperakui bahawa hanya pada PAS  lah mereka boleh menyandarkan harapan untuk  membela dan mempertahankan Islam. PAS terbukti tidak pernah kompromi dalam bab Islam dari sejak penubuhannya sehinggalah ke hari ini,

Selamat ulangtahun ke 60 PAS Kelantan.

No comments: