Berita kematian tebusan Malaysia Bernard Then yang dipancung
oleh pengganas Abu Sayaf sebagaimana dilaporkan oleh The Staronline, apabila
wang tebusan gagal dibayar sangatlah dikesali.
Menurut Brig Gen Alan Arrojado dari Tentera Filipina pimpinan
kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Indanan diketuai Alden Bagade dan Indang
Susukan telah melaksanakan pembunuhan tersebut dan mayat Then segera
dikebumikan di sana selepas dibunuh.
Kita mengharapkan agar kerajaanMalaysia menghantar nota
protes sekeras-kerasnya kepada kerajaan Filipina dan mendesak agar serangan
besar-besaran ke kubu kuat pengganas berkenaan dipertingkatkan. Malah sudah
sampai masanya Malaysia menuntut agar kerajaan Filipina membenarkan Malaysia
membawa masuk kekuatan tenteranya bagi membantu operasi memusnahkan pengganas
Abu Sayaf itu.
Parlimen Malaysia yang sedang bersidang sewajarnya mengutuk
sekera-kerasnya tindakan biadab dan bacul kumpulan pengganas yang mengheret
nama Islam ini. Sudah sampai masanya Malaysia mengisytiharkan Kumpulan Abu
Sayaf sebagai musuh nombior satu negara.
Dalam pada itu kita meminta agar pihak pertahanan dan keselamatan
negara khususnya ESSCOM (Eastern Sabah Security Command) mempertingkatkan lagi langkah-langkah
keselamatan mereka bagi menjamin perairan negara tidak lagi dibolosi dan
dicerobohi oleh pihak-pihak pengganas ini. Kita tidak mahu peristiwa ini
berulang lagi.
Seorang Bernard Then yang dikorbankan sudah cukup untuk kita
bertindak terhadap golongan pelampau ini. Jangan lagi ada warga Malaysia yang diperlakukan sedemikian.
Simpati rakyat Malaysia buat keluarga mendiang.
No comments:
Post a Comment