Tuesday, November 17, 2015

Kebebasan bersuara bukan bermaksud bebas kritik Islam

Kita hargai dan menghormati kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara. Puluhan tahun sejak Merdeka kita tidak jemu-jemu memupuk perpaduan, dewasa dengan kepelbagaian rakyat Malaysia yang masing-masing saling faham memahami antara satu dengan lain dengan semangat toleransi dan tolak-ansur yang tinggi.

Kadangkala berlaku pergeseran, cepat-capat kita rawat dan ubati demi mahu mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Masyarakat majoriti Melayu Islam, tidak pernah memaksa fahaman dan budaya mereka ke atas kelompok minoriti malah bersungguh cuba memahami fahaman dan budaya saudara –saudara sewargananegara mereka itu. Demikianlah juga bagi kaum minoriti Cina, India yang dari pelbagai fahaman dan agama.

Kita masing-masing akur dan faham akan betapa sensitifnya isu agama dan budaya masing-masing sehingga kalau boleh kita elakkan ia dari jadi bahan perbahasan atau pertikaian. Jangan kerana ghairah dengan hak kebebasan bersuara maka kita sangkakan kita boleh dan berhak mengulas,menyentuh dan mengkritik apa sahaja yang lalu di hadapan kita.

Semalam di Dewan Rakyat beberapa ahli Parlimen telah memohon penjelasan dari Menteri Belia dan Sukan berhubung pakaian atlet wanita Malaysia yang diharapkan dapat disesuaikan dengan kehendak syarak.

Antara yang bangkit menyuarakan perkara ini termasuklah ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid (PKR) dan dua wakil PAS iaitu Siti Zailah Muhd Yusoff (Rantau Panjang) dan Nik Abduh Nik Abd Aziz (Pasir Mas).

Saya pasti mereka merujuk kepada pakaian atlit wanita Muslim yang mewakili negara. Dan sebagai ahli parlimen Muslim sudah pastilah mereka punya hak untuk menyuarakan perkara demikian. Mereka bukannya mahu memaksa kesemua atlit mengenakan pakaian patuh syariat.

Dan malah Nik Abduh mencadangkan agar kerajaan mula memperkenalkan perkara ini sekurang-kurangnya pada dua atau tiga kategori sukan.

Malangnya jawapan Menteri Khairy Jamaluddin tidak memberi sebarang komitmen selain berkata: 

We have no policy with regard to sports outfits but the attire worn by the athletes must not go against the international regulations set up by the respective bodies. However, it is up to the athletes to decide for themselves.”

(Pihak kerajaan tidak ada dasar berhubung pakaian sukan namun pakaian yang dikenakan perlulah menepati peraturan antarabangsa yang telah diputuskan oleh badan sukan masing-masing. Namun terpulanglah kepada para atlit untuk membuat keputusan sendiri)

Demikianlah ahli-ahli Parlimen Muslim bangun dan membangkitkan isu-isu berkenaan agama mereka.

Soalnya wajarkah jika isu ini dicampuri oleh mereka yang bukan Islam sedangkan tuntutannya untuk pakaian ini dikenakan oleh atlit Muslim sahaja?

The Star Online kononnya menghebahkan yang facebook nya dibanjiri oleh komen dan kritikkan rakyat Malaysia yang rata-rata terdiri dari mereka yang bukan Islam.

Seorang yang dikenali Tan membuat posting:

“Try swimming and diving in a ‘shariah-compliant’ swimsuit. Try loose and baggy clothing in gymnastics,”

(Cubalah berenang dan terjun (dive) dalam pakaian renang “patuh syariah”. Cubalah kenakan pakaian longgar dan labuh dalam acara gimnastik)

Manakala Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker pula dipetik berkata:

“Do PKR and PAS MPs expect Malaysian sportswomen to be fully clad and constrained in Taliban-inspired and enforced burqa-like outfits?”

(Adakah ahli-ahli Parlimen PKR dan PAS mahukan atlit wanita berpakaian litup dan terhalang sebagaimana pakaian umpama burka yang diwajibkan oleh puak Taliban (ke atas wanita di sana))

Maaf tapi bagi saya kenyataan seumpama ini sangat biadap dan merendah serta menghina agama Islam. Yang dicadangkan di parlimen adalah agar pihak kerajaan melihat kepada kesesuaian memperkenalkan pakaian atlit wanita Muslim agar bertepatan tuntutan agama mereka.

Salahkah mereka membawa perkara itu ke parlimen?

Ini isu dan masalah umat Islam, siapa pula beri hak kepada yang bukan Islam bersuara, dengan suara yang sini sdan menghina pula?!

Inilah yang berlaku apabila kita taksub dan terbawa-bawa dengan hak kebebasan bersuara sehingga melampaui adat, budaya dan sensitiviti setempat. Janganlah terlalu ghairah sehingga menghina kami umat Islam.

Urusan Islam adalah hak orang-orang Islam, kami tidak perlud an tidak mahu pihak lain mencampurinya kecuali ia menganggu adat dan kepercayaan kamu.
Semoga perkara ini diberi perhatian oleh semua pihak, jangan sampai terantuk baru mahu terngadah.


No comments: