Salah satu kuasa Raja-raja Melayu menurut Perkara 42 Perlembagaan
Persekutuan adalah kuasa pengampunan. Dimana Yang Dipertuan Agong bagi kes-kes yang
disabitkan di Wilayah Persekutuan dan Raja-raja Melayu pada kes-kes yang
disabitkan di negeri masing-masing diberik kuasa pengampunan ,mengurangkan atau
menangguhkan hukuman atas segala kesalahan yang dibicarakan di mahkmaha tentera
atau mahkamah sivil.
Kuasa pengampunan ini berdasarkan syor yang diberikan oleh
Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja-raja Melayu bagi negeri
masing-masing.
Menurut laporan NST online di
The Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad V has consented to reduce a death
sentence of a prisoner and allowed him to be released a year early; and to
commute the death sentences of six other prisoners to life imprisonment in
conjunction with his 46th birthday celebration tomorrow.
The seven are Abdul Rahman Ghanik, 63; Mijan Mohd Deros, 69; Mohamed Awang,
58; Rohing Ha, 49; Losali, 57; Zakaria Jusoh, 52; and Wan Yurlilhami Wan
Yaacob, 52.
Dari 37 nama yang dikemukakan kepada Tuanku,
Sultan Muhammad telah berkenan memberikan pengampunan kepada 7 individu iaitu dengan
membebaskan seorang yang telah dijatuhkan hukuman bunuh manakala enam lagi yang
dihukum gantung kini digantikan hukumannya dengan menjalani penjara seumur
hidup.
Sudah pasti mereka yang berkenaan terutama keluarga
masing-masing gembira dengan pengampunan yang diberikan oleh Tuanku itu.
Menurut rekod Tuanku Sultan Johor juga telah berbuat
demikian semasa hari pertabalan Tuanku baru-baru ini.
Penglibatan Raja-raja Melayu dalam mengambil tahu nasib
mereka yang dipenjarakan ini mengingatkan saya kepada catatan Allahyarham Ahmad
Boestamam dalam salah sebuah karangannya.
Boes telah mencatatkan ketika beliau ditahan oleh penjajah
British sebelum Merdeka dahulu, Almarhum Tuanku Sultan Pahang ketika itu telah
mengunjungi pusat tahanan politik di Perak.
Semasa lawatan itu, Tuanku telah mencemar duli dengan
menghampiri para tahanan dan telah menyapa Boes yang barangkali Tuanku cam dan
kenali.
Tuanku bertanya pada Boes dimana beliau disabitkan
kesalahan, yang sudah pastilah bukan di Pahang, kata Tuanku sekiranya di Pahang
baginda akan menggunakan kuasanya dengan mengarahkan pembebasan beliau.
Dewasa ini ramai yang lebih nampak kelemahan dan kekurangan
institusi Raja-raja Melayu tanpa memahami pentingnya institusi ini dalam sistem
negara kita. Selain sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, Raja-raja
Melayu merupakan payung kepada rakyat dan pada institusi inilah rakyat boleh
mengharapkan pembelaan apabila orang-orang politik sudah pincang dan
menyeleweng.
Institusi ini perlu diperkasakan demi menjamin nasib dan
masa depan rakyat dan negara sentiasa terbela dan terpelihara.
Sempena hari ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan, marilah
sama-sama kita berdoa semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dalam keimanan dan
taqwa sentiasa ke hadapan dalam memayungi rakyat dan membela agama.
“Syariat Allah membimbing Raja dan rakyat sepanjang zaman”
No comments:
Post a Comment